waduh-waduh hanak2 haku..
pahit akan manis akhirnya..
Cerita pasal pahit ni.. apa benda yg korang makan akan terasa pahit.. bukan setakat pahit.. tapi pahit gila.. pahit bangat! Pahit pahit ubat kita telan jugak kann..
Ahaaa.. korang kenal tak apa ni??


ini lah Peria.. Tapi yang kontot camni.. orang panggil Peria Katak! Sape makan peria katak ni? Aku rasa tak ramai yang suka makan peria katak ni kan.. Biasa orang makan peria yang satu lagi tu.. yang panjang sikit. Sebenarnya aku baru je makan semalam. Laki aku yang suka makan peria. Aterr.. dia dok selalu menyebut dah lama tak makan peria yang macam mak dia masak! Aiii mentang-mentang la bini ketot dia ni tak pandai masak.. tak pulak dia suruh aku masak! Nasib la aku isteri yang solehah lagi prihatin.. kesian kat laki aku tu.. Biarlah aku yg masak ala-ala style mak dia masak.. kang kempunan pulak! Ingat nak beli peria yang panjang tu.. tapi takde pulak. Yang aku jumpa peria katak ni je. So main belasah beli je. Balik tengahari semalam hiris nipis-nipis pastu rendam dengan air garam dengan harapan pahitnya akan hilang la. Balik kerja semalam terus masak peria ni. Tapi aku tak masak style mak dia pun.. Mak dia selalu goreng ngan udang jek! Aku masak advance sikit! aku goreng bubuh cili giling, udang ngan telor scrammble! Perghhh tengok rupa.. fulamak macam chef-chef yang masak!
Petang tu bila laki aku balik.. aku pun hidangkan la peria katak. Hemmm tersenyum lebauuuu.. Senyum.. senyum la bang.. ko tak tau camne rasanya lagi! Baru masuk satu suap.. dia pandang aku. Pehal? Pahiitttt..! Kahkahkah. Tapi dia tetap teruskan makan. Masuk suapan kedua.. ketiga.. eh laju je makan..? tak pahit ke? Mula-mula je rasa pahit nak mampos.. pastu rasanya ok.. sedap. So aku pun terai la.. Memang betul la mula-mula je rasa pahit yang amat, pastu tak rasa pun!
Tapi aku rasa peria katak ni lagi sedap dari peria yang biasa tu. Betul.. aku tak tipu. Peria katak ni lebih rangup! Korang tak caya kan?? Takpe balik ni korang pi cari peria katak pastu masak tak kira apa style pun. Cuma kalu korang nak hilangkan rasa pahit tu lepas korang hiris peria tu korang rendam la ngan air garam. Try la.. nasi sepinggan pun tak cukup tau!
jeles sama Rehan
tajuk entry mcm ada bau2 pengkhianatan kan..???
jangan salah sangka tau
takde dengki-mengki ngan Rehan tu..
cuma jeles je.. hehe..
aku jeles sebab dia rajin mem'baking.. meng'grill.. menge'steam.. segala mala me..men..meng.. menge la..
hahaha..
so malam tadi aku pun meng'grill' la
..Ayam Madu Bermayonis..
Mayonisnye tak nampak pulak..
terentung daaa..
tapi...
rasanya..
bab rasa merasa ni kena tnya laki aku
selalunya klu aku masak apa2 resepi baru.. aku msti tnya laki aku dulu camne rasanya..
tapi malam tadi belum sempat aku tanya pape
laki aku kata sedappp..!
Lulussss..! muahahahaha..
biasala kan.. kang kalau kata x sedap..
bini dia mogok tau!
Sayur tu pulak aku steam je (aku guna sayur baby sawi, bunga kobis + kcg bendi)
pastu curah sos apa ke nama aku tatau la..
sos tu aku just tumis bawang putih.. buh halia sikit.. pastu boh sos tiram ngan kicap sikit nk bg itam.. pastu buh tepung jagung nk bg kuah tu pekat.. then aku curah kat atas sayur tu..
rasanya..
..pun mabeles..
kihkihkih..!
Resepi untuk esok..
tunggu kemunculannya ok..
Thin crust Pizza..
Kuang! Kuang! Kuang!
p/s : Rehan kasi tunjuk ajar skit!!
tu dia Ayam Bakar Madu dan Bermayonis


pujian dr bapak mertuaku.. wakkakkaka



bila dah masuk waktu.. mulalah adegan makan memakan...
jgn jeles.. aku dengar bapak mertua aku cakap...
sedaplah Faris!
pastu aku tnya kat laki aku .. sedap tak bang?
hehehe saje je...
Laki aku cakap.. sedap! sedap! Masak ke beli nih??
Eh laki aku nih macam tak pecaya pulak bini dia yg masak! kalau beli tak sedap macam ini tau!
wah bila dengar semua orang cakap sedap.. aku apa lagi.. kembang lah segala-segalanya yg boleh kembang.. sukerrrrrr sangattttt! Mane tak suker, sehari suntuk aku fikir nak masak apa.. pastu naik juling bijik mata cari resepi kat tenet ni hah! Akhirnya aku jumpa jugak resepi yg aku rasa agak menarik.. Asam Pedas Melaka!
Tapi percayalah memang mebeles! Korang kena cuba!
terima kasih la kat blog nih .
saper2 yg nak cuba resepi ni bole la gi ke blog tu.. takpun amik je kat sini aku dah cut & paste.
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg ikan tenggiri (aku guna ikan merah)
2 biji tomato (aku guna bendi je)
2 kuntum bunga kantan (aku letak juga daun kesum, bio lg sedap)
1 cawan cili kisar - aku guna cili masak kisar
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan jus asam jawa
750 ml air (lebih kurang)
A (KISAR HALUS)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup
2 cm halia
1 camca besar jintan manis
1 camca teh lada hitam biji
1 cm belacan (aku tak letak pun)
B...
1 biji bawang besar, dihiris
1/2 camca teh halba
1/2 camca teh biji sawi
3 - 4 tangkai daun kari (aku x letak)
CARA MEMBUATNYA :-)
Ikan dibersihkan, cuci dan toskan.
bendi tak perlu dipotong2. Masukkan sebiji-sebiji.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan "B" hingga harum dan perang, masukkan bahan "A" dan juga cili kisar, goreng dengan api sederhana hingga terbit minyak. Tuang air dan biar mendidih.'
Masukkan ikan, jus asam jawa, daun kesum, bunga kantan dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula.
Bila mendidih, masukkan terung atau bendi atau tomato, ikut suka).
masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api.
durian anyone?
korang pecaya tak??


ikan tongkol masak kicap..!

ada sedap??? sudah semestinya SEDAPPPPPP!
mesti korang terfikir.. sempatke aku masak dalam masa 1 jam (waktu rehat)????
kan aku dah cite kat atas tu.. blk umah je aku terus mulakan tugas memasak.. selesai je masak (dlm kul 1.40 gitu) .. pastu aku terus mandi, solat then baru makan.. selesai je makan.. aku pakai tudung dan terus bergegas ke PID.. emm penat tau.. tak rehat langsung!
pastu blk keje plak.. terus balik umah.. sapu dan kemas mane2 yg patut je.. sebab tengahari tu tak sempat nk kemas! Lepas kemas sikit2.. aku terus amik anak2 aku kat Batu 4.
Bila dah amik anak2.. tak sempat nak wat apa lagi si Adik dah sibuk menangis nak menyusu.. kang bila si Abang terasa perut tu lapar.. dah kena dok melayan dia makan pulak..!
Bila bapak dia balik pulak.. emmm nak tak nak kena layan bapak dia pulak la kan..
bila budak2 ni dah tido.. baru la aku dapat rehat.. tu pun kalu Kasih tak meragam! Kul 5.30 pagi aku dah kena bangun siapkan kemeja laki aku utk digosok.. kemas kain baju anak2 aku utk dibawak ke umah pengasuh.. nak wat sarapan wat bekal aku ngan laki aku lg..
Fuhhh! bayangkanlah aku jadi super women! chayok! chayok!
Wokay.. tu je la cerita aku petang ni yerr.. layan je la..
saat virus rajin merebakk..
Ni la kata-kata anak saya Faris saat saya memasak yang sekali-sekala je..
Faris : "Emm, sedapnyer bau!Mama masak apa ni?"
Saya : "Mama goreng telur je. Mama penat la nak masak.. kita makan kat luar je la ek?"
Faris : "Ala abang tak nak! Makan luar tak sedap la, mama masak lagi sedap!"
Faris : "Ayah masak pun tak sedap ma! Mama jgn suruh ayah masak lagi tau! Abang nak mama masak.. mama masak sedap
Tengok la.. pandai kan anak saya memuji. Gara-gara pujian dia tu.. saya sebagai mama yang mithali.. haha.. hari-hari tiap kali balik kerja terus masuk dapur masak apa yg patut. Tak kisah la saya masak apa pun.. goreng telur je ke.. ikan bilis goreng kicap ke.. masak sardin ke.. anak saya tetap puji saya masak lagi sedap daripada makanan yang dibeli kat luar sana tu. Huhuhu. Tapi tak pe sekarang saya dah jadi seorang isteri dan ibu yang rajin lagi mithali. Hahaha!
Emm fikir-fikir nak masak apa ketam ni? masak lada hitam ke.. masak sweet sour ke.. masak lemak cili api ke.. goreng pun sodapp! Wow yummy nyerrrr!

Bahan2 nyer garam, serbuk kari, serbuk ketumbar, serbuk jintan, lada sulah dan serbuk kunyit. Gaul semua bahan2 ni dgn ketam, biar seketika supaya meresap dan goreng dalam minyak penuh.

Bahan-bahan :
5 ekor ketam dicuci bersih, digaul garam dan serbuk kunyit
2 sb mentega
3 ulas bawang putih - ditumbuk
2 sb kicap manis
1 sb sos tiram
1/2 sb lada hitam ditumbuk
sedikit air garam dan sedikit gula (jika perlu)
Cara-cara:
Ketam digoreng sebentar, ketepikan. Cairkan mentega di dalam kuali yang panas. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam dan ketam. Masukkan sedikit air dan tutup kuali. Biarkan hingga ketam sebati dengan kuah. Masukkan kicap, garam dan gula mengikut citarasa anda. Agak2 kuah memekat, bolehlah diangkat.

