SELAMAT DATANG KE MELLIFERA-ROSA

waduh-waduh hanak2 haku..

Assalamualaikum

Selamat pagi semua.

Tu dia my boy and my girl.. Penangan mee kari mama dia buat!


Mabuk mabuk pun sempat lagi masak. Dahsat tak dahsat mama linda ni.. Hah, dahsaaattt sangatlah..! aku masak sambil menutup hidung ngan kain napkin si Kasih tau. Wakakaka... Sila ketawa beramai ramai yer. Semua demi hanak hanak dan suamiku yang tercenta. Cewah! 

Takde la.. dah dua hari aku tengok hanak hanak aku tak berapa berselera makan makanan yang dibeli kat kedai. So aku sebagai mama yang amat prihatin dan menyayangi anak-anak terpaksa la berkorban masuk dapur menyiang udang, sotong, mengupas bawang, perah santan sampai aku termuntah muntah.. terbersin-bersin sampai selesema semata-mata nak menyediakan mee kari kesukaan Faris dan bapaknya.

Baju dah kena kari.. so wajiblah aku soh depa bukak baju. Hoo ho ho.. tak larat mak nak sental baju nakkk. 




Hah amik ko.. sampai periuk dan raga atas meja makan..! Lantak.. ! Mama dia tak kose nak tukar mangkuk.. kang banyak pulak nak cuci. Mujur mama ko nak masak tau! Wakakaka..


tengok lah sikit punyer berselera anak anak aku makan kan.. ??

No comments: