sejenak..

sejenak di pantai bagan lalang.. cehhhh....


dah 3 thn duduk kat sg pelek ni.. ntah berapa kali la aku jejakkan kaki ke pantai bagan lalang ni.. tapi aku pelik ramai jugak yg datang ke sini.. apa yg menarik pun aku tak tau.
nak kata pantai cantik.. bersih..
eiii.. tidak le aku..
air dia sangat kotor..
air laut dia pulak bukan putih jernih..
tapi kelabu.. ke itam.. camtu la lebih kurang warnanya..

tapi kat pantai ni byk kedai makan..
bole dikatakan semua kedai makan ni aku dh terai..
biasa la kan kaki tapau cam aku ni..
tapi tak sedap mane pun ..
sedap lagi aku masak!

tapi tak tau jugak la..
sebab ari2 aku makan beli je..
pagi beli..
tengahari beli..
petang beli..
malam beli..

tekak ni naik jemu jelak..
jelak makan kat kedai yg ni.. aku tukaq kedai yg tu..
jelak makan kat kedai yg tu.. aku tukaq kat kedai yg sana..
jelak makan kat kedai yg sana.. aku tukaq lagi kat kedai sinunnn..camtu la ari2 sampai la aku kena masuk wad dulu kot baru aku berenti membeli kat kedai2 itu..

so moralnye jgn la suka sangat makan di luar..
sebab kita tak tau brp kilo perasa dia bubuh..
semua tu boleh mendatangkan penyakit pada diri sendiri
ceh.. ceh.. ceh..
tu nasihat buat diri sendiri je gamaknyer

ok la sampai sini dulu
salam di petang Rabu..
semoga esok adalah hari yg paling ceria..
(mengharap duit ganjaran yg tak kunjung2 dlm akaun maybank aku tu.. uwaaa..)



sepupu sepapat sepipit

entry bisu..
tatau nak cite apa la..
so layannnn..




ai dik.. beyak ke?? huhuhu..

kayuh.. kayuh.. kayuh lagi..

apa punye title la aku bubuh kat atas tu.. biaq pi la yerr..
blog haku.. haku punye suka la kan.. hehe..

kayuh.. kayuh.. kayuh lagi..
ni la aktiviti anak-anak aku
asal hujung minggu je ajak gi putrajaya main beskal..
nasib baik dia ajak gi putrajaya.. zero cost..
kalau dia cakap nak gi hotel ke.. nak naik aeroplane ke..
mane aku nak cekau duit..... huhuhu




lama dah terperam dlm lappy aku..

Oleh kerana kesibukanku yg amat membusykan.. so baru la ni la sempat nak upload gambo masa aku gi Sabah tu ari..
layan gambar je la ek.. nak cerita pun dah basi..


nampak tak Gunung Kinabalu kat belakang tu.. (mcm jakun la pulak! hehe)






tengok la tu anak dara aku siap hembus maggi ayah dia.. tak sabar nak makan daa..
lapo bebeno gamaknye.. cian Kasih..

Abang Long ni memang gemar naik atas badan ayah dia..











daaaa... abis dah...

fail penting pid korapppp!!!

salammmm...

dah berbulan-bulan blog aku tak berupdate kan
bukan takde cite.. byk cite.
ni nak kasi satu cite..

file excel aku CORRUPT!!!!!!!!!!!!
satu file hape pun tak boleh bukak
giler sungguh!
dah la file data user, graf, report bulanan semua aku buat dlm excel
alih2 semua file yg menggunakan excel corrupt!
yang buat aku bertambah giler..
file backup pun corrupt!
pening weiiii... rasa nak hantuk kepala je ni!

dah macam2 cara aku try..
mr google pun x dapek nak nolong..

dah ujung tahun ni.. sat gi mesti depa minta laporan tahunan..
mane aku nak cekau.. takkan aku nak kira satu-satu manually..
giloss.. mau migrain aku!

Salam Aidilfitri buat semua..

Assalamualaikum..

Diam tak diam tinggal 2 hari je nak raya kan.. Syokkkkk nyerrr nak raya tahun ni.. pasal hapa entah. Yang pasti aku memang terasa macam syok. Terlebih syok pulak mak dari anak. Ekeke. Mungkin sebab anak aku yg sulung terlalu excited nak sambut raya thn ni kot. Kalu dulu dia belum faham apa itu raya. Tapi thn ni walaupun tak byk .. dia dah mula faham apa itu puasa.. kenapa kena puasa.. dan apa itu raya.. Alhamdulillah anak aku semakin membesar dgn baik. Tu semua hasil didikan aku lerr.. Hehe. Pasan! Ishk ni cite apa plak ni. Kan nak cite pasal raya. Meraban ke lain plak!

Semalam aku amik cuti. Cari baju melayu anak aku. Minggu lps aku dh beli benonya.. tp tak acu kat badan anak aku. So malam tadi baru teringat nak try.. hemmmm bila try fulaweyyyy... tak muat! Mula2 tgk baju tu.. mcm besar. Ni muatlah ni.. takkan tak muat.. Ngopernyer tak muat gak. Gemuk betul ko Faris! Aduhaiii punye la jauh beli tu ari kat Klang. Giler! takkan aku nak pegi balik ke Klang tu semata2 nak tukar baju tu. Memang dah takde la tentunye. So aku carilah kat Banting.. puas tawap la satu Banting tu.. takde saiz.. pastu aku terjah ke Dengkil plak.. pun takde! Last-last aku gi Nilai Square.. ada saiz tp jenis kain lain.. warna pun x sama.. lantaklah janji lebih kurang..

Yang laki aku pulak dr sebelum pose lg aku dah soh dia tempah baju. Dia kata tak payah la.. beli siap je. Murah pun murah! Emm tak bole kata apa la.. ikut je la rentak dia. Masa belikan baju anak aku tu dia beli gak utk dia. Sampai rumah, baru try.. Tang badan ok.. tang seluar pulak ngam2.. Aku sure punyer lah pagi raya seluar itu akan koyak lah di celah kangkang dia tu! Yerr pasti!!!!

Korang thn ni beraya kay ner??? Aku raya kat umah mak mertua aku. Sebenarnya thn ni turn beraya kat umah bapak aku.. Tapi abang2 aku ajak tukar plan. Dia soh kitorang adik badik beraya kat umah mertua dulu. Raya kedua baru ke umah bapak aku. Tapi raya kedua tu aku ngan adik badik aku akan berkumpul kat umah nenek aku dulu. Lepas tu baru sama-sama konvoi balik umah bapak aku. Tu yg jd macam syok kot! Sebab aku rasa thn ni baru dpt jumpa semua adik badik pada hari yg sama. Kalau tak dulu sekerat balik umah bapak aku.. sekerat lg balik umah pak mertua. So ok la kan.. aku pun dah beli kain mahal.. pada aku mahal lah.. 4 meter 120 hinggit.. sebabnyerr ipar duai aku jenis high class.. malu ler aku pakai baju 30 hinggit jerr..! Untuk makluman.. ipar duai aku adalah semua PEREMPUAN!!!! Adik badik aku semua lelaki.. aku sowang je pompuan tau! So aku kena tunjuk la sikit yg aku ni tak sengkek sgt.. walaupun aku ni memang sengkek! So layannnnn... Wakakaka!


So sempena bulan baik.. hari baik ni.. aku nk amik kesempatan ini utk ucap selamat menyambut hari raya.. maaf zahir dan batin pada semua shabat handai.. rakan taulan.. saudara mara dan sesiapa saje yg mengenali aku la.. so kosong-kosong yerr.. Jemput2 la datang umah aku. Kedatangan korang memang dialu-alukan biarpun umah aku takde biskut raya.. kerepek raya.. air raya.. tapi KFC dekat je kat umah aku nihhh.. order jerrrr.. korang bayarkan k... hehehe.

pujian dr bapak mertuaku.. wakkakkaka

Haha.. bukan senang nak dengar pujian dari orang lelaki tau.. apalagi bapak mertua aku pulak yg puji tu.. Sejak jadi menantu Pakcik Dollah, baru semalam dan first time tau dia puji masakan menantu dia! Lagipun aku pun first time masak beria-ia sakan semata-mata nak jamu mertuaku ituuuu! Sebabnya telah menjadi kebiasaan bila mertua aku datang umah aku, mak mertua aku akan bawak sekali lauk pauk yg dia dah masak kat umah dia. Aku just masak nasik je.. bertuahkan aku dpt mak mertua camtu! Tapi pagi semalam bila SIL aku ckp nak datang berbuka kat umah aku dan ckp nanti mak masak bawak ke umah kak lin (aku le tu).. aku pun menolak...

aku cakap, "eh tak payah bawak pape la.. biarlah akak masak. Akak dah beli ikan kat pasar pagi tadi".

Huahuahua! susah nk dengar aku ckp cemitu.. tapi ntah nape plak aku rajin nak masak semalam. Buang tebiat aperrr!

So petang semalam bila dah nak dekat azan magrib, aku pun bawak turun segala lauk pauk yg aku masak ke bawah.. Nak makan kat atas meja mane muat.. al maklum je la meja makan aku bulat dan cuma ada 6 kerusi je..

emm lauk pertama yg aku bawak turun adalah ini... asam pedas ikan merah!!! hehehe. Bila bapak mertua aku nampak je..

Bapak mertua aku ckp "wah nampak macam menyelerakan la Faris", dia ckp kat anak aku.

Dalam hati aku.. tu belum rasa lagi tu.. hehe!


ni pulak lauk2 lain yang aku masak


bila dah masuk waktu.. mulalah adegan makan memakan...

jgn jeles.. aku dengar bapak mertua aku cakap...

sedaplah Faris!

pastu aku tnya kat laki aku .. sedap tak bang?

hehehe saje je...

Laki aku cakap.. sedap! sedap! Masak ke beli nih??

Eh laki aku nih macam tak pecaya pulak bini dia yg masak! kalau beli tak sedap macam ini tau!

wah bila dengar semua orang cakap sedap.. aku apa lagi.. kembang lah segala-segalanya yg boleh kembang.. sukerrrrrr sangattttt! Mane tak suker, sehari suntuk aku fikir nak masak apa.. pastu naik juling bijik mata cari resepi kat tenet ni hah! Akhirnya aku jumpa jugak resepi yg aku rasa agak menarik.. Asam Pedas Melaka!

Tapi percayalah memang mebeles! Korang kena cuba!

terima kasih la kat blog nih .

saper2 yg nak cuba resepi ni bole la gi ke blog tu.. takpun amik je kat sini aku dah cut & paste.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg ikan tenggiri (aku guna ikan merah)
2 biji tomato (aku guna bendi je)
2 kuntum bunga kantan (aku letak juga daun kesum, bio lg sedap)
1 cawan cili kisar - aku guna cili masak kisar
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan jus asam jawa
750 ml air (lebih kurang)

A (KISAR HALUS)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup
2 cm halia
1 camca besar jintan manis
1 camca teh lada hitam biji
1 cm belacan (aku tak letak pun)

B...
1 biji bawang besar, dihiris
1/2 camca teh halba
1/2 camca teh biji sawi
3 - 4 tangkai daun kari (aku x letak)

CARA MEMBUATNYA :-)
Ikan dibersihkan, cuci dan toskan.

bendi tak perlu dipotong2. Masukkan sebiji-sebiji.

Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan "B" hingga harum dan perang, masukkan bahan "A" dan juga cili kisar, goreng dengan api sederhana hingga terbit minyak. Tuang air dan biar mendidih.'

Masukkan ikan, jus asam jawa, daun kesum, bunga kantan dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula.

Bila mendidih, masukkan terung atau bendi atau tomato, ikut suka).

masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api.