SELAMAT DATANG KE MELLIFERA-ROSA

pahit akan manis akhirnya..

Perhhghh title ngalahkan orang bercinta.. Macam tajuk lagu Ukays pun ada..

Cerita pasal pahit ni.. apa benda yg korang makan akan terasa pahit.. bukan setakat pahit.. tapi pahit gila.. pahit bangat! Pahit pahit ubat kita telan jugak kann..

Ahaaa.. korang kenal tak apa ni??





ini lah Peria.. Tapi yang kontot camni.. orang panggil Peria Katak! Sape makan peria katak ni? Aku rasa tak ramai yang suka makan peria katak ni kan.. Biasa orang makan peria yang satu lagi tu.. yang panjang sikit. Sebenarnya aku baru je makan semalam. Laki aku yang suka makan peria. Aterr.. dia dok selalu menyebut dah lama tak makan peria yang macam mak dia masak! Aiii mentang-mentang la bini ketot dia ni tak pandai masak.. tak pulak dia suruh aku masak! Nasib la aku isteri yang solehah lagi prihatin.. kesian kat laki aku tu.. Biarlah aku yg masak ala-ala style mak dia masak.. kang kempunan pulak! Ingat nak beli peria yang panjang tu.. tapi takde pulak. Yang aku jumpa peria katak ni je. So main belasah beli je. Balik tengahari semalam hiris nipis-nipis pastu rendam dengan air garam dengan harapan pahitnya akan hilang la. Balik kerja semalam terus masak peria ni. Tapi aku tak masak style mak dia pun.. Mak dia selalu goreng ngan udang jek! Aku masak advance sikit! aku goreng bubuh cili giling, udang ngan telor scrammble! Perghhh tengok rupa.. fulamak macam chef-chef yang masak!

Petang tu bila laki aku balik.. aku pun hidangkan la peria katak. Hemmm tersenyum lebauuuu.. Senyum.. senyum la bang.. ko tak tau camne rasanya lagi! Baru masuk satu suap.. dia pandang aku. Pehal? Pahiitttt..! Kahkahkah. Tapi dia tetap teruskan makan. Masuk suapan kedua.. ketiga.. eh laju je makan..? tak pahit ke? Mula-mula je rasa pahit nak mampos.. pastu rasanya ok.. sedap. So aku pun terai la.. Memang betul la mula-mula je rasa pahit yang amat, pastu tak rasa pun!

Tapi aku rasa peria katak ni lagi sedap dari peria yang biasa tu. Betul.. aku tak tipu. Peria katak ni lebih rangup! Korang tak caya kan?? Takpe balik ni korang pi cari peria katak pastu masak tak kira apa style pun. Cuma kalu korang nak hilangkan rasa pahit tu lepas korang hiris peria tu korang rendam la ngan air garam. Try la.. nasi sepinggan pun tak cukup tau!


No comments: