SELAMAT DATANG KE MELLIFERA-ROSA

saat virus rajin merebakk..

Dah lama tak makan ketam. Semalam ada sorang abang datang kat opis saya ni. Dia niaga ikan.. setiap ari Isnin ngan Jumaat dia akan hantar ikan ke Hotel Bagan Lalang. So sempat la order kat dia 2kg ketam. Hemm bukan apa.. sejak Virus M dah menghilang ni.. kena la belajar masak! Virus M dah ilang ke sebab kena perli ngan anak sendiri nih! kuikuikui!

Ni la kata-kata anak saya Faris saat saya memasak yang sekali-sekala je..

Faris : "Emm, sedapnyer bau!Mama masak apa ni?"
Saya : "Mama goreng telur je. Mama penat la nak masak.. kita makan kat luar je la ek?"
Faris : "Ala abang tak nak! Makan luar tak sedap la, mama masak lagi sedap!"
Faris : "Ayah masak pun tak sedap ma! Mama jgn suruh ayah masak lagi tau! Abang nak mama masak.. mama masak sedap

Tengok la.. pandai kan anak saya memuji. Gara-gara pujian dia tu.. saya sebagai mama yang mithali.. haha.. hari-hari tiap kali balik kerja terus masuk dapur masak apa yg patut. Tak kisah la saya masak apa pun.. goreng telur je ke.. ikan bilis goreng kicap ke.. masak sardin ke.. anak saya tetap puji saya masak lagi sedap daripada makanan yang dibeli kat luar sana tu. Huhuhu. Tapi tak pe sekarang saya dah jadi seorang isteri dan ibu yang rajin lagi mithali. Hahaha!

Emm fikir-fikir nak masak apa ketam ni? masak lada hitam ke.. masak sweet sour ke.. masak lemak cili api ke.. goreng pun sodapp! Wow yummy nyerrrr!

Ketam Goreng Rempah


Bahan2 nyer garam, serbuk kari, serbuk ketumbar, serbuk jintan, lada sulah dan serbuk kunyit. Gaul semua bahan2 ni dgn ketam, biar seketika supaya meresap dan goreng dalam minyak penuh.
Ketam Lada Hitam

Bahan-bahan :
5 ekor ketam dicuci bersih, digaul garam dan serbuk kunyit
2 sb mentega
3 ulas bawang putih - ditumbuk
2 sb kicap manis
1 sb sos tiram
1/2 sb lada hitam ditumbuk
sedikit air garam dan sedikit gula (jika perlu)

Cara-cara:
Ketam digoreng sebentar, ketepikan. Cairkan mentega di dalam kuali yang panas. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam dan ketam. Masukkan sedikit air dan tutup kuali. Biarkan hingga ketam sebati dengan kuah. Masukkan kicap, garam dan gula mengikut citarasa anda. Agak2 kuah memekat, bolehlah diangkat.

No comments: