SELAMAT DATANG KE MELLIFERA-ROSA

pujian dr bapak mertuaku.. wakkakkaka

Haha.. bukan senang nak dengar pujian dari orang lelaki tau.. apalagi bapak mertua aku pulak yg puji tu.. Sejak jadi menantu Pakcik Dollah, baru semalam dan first time tau dia puji masakan menantu dia! Lagipun aku pun first time masak beria-ia sakan semata-mata nak jamu mertuaku ituuuu! Sebabnya telah menjadi kebiasaan bila mertua aku datang umah aku, mak mertua aku akan bawak sekali lauk pauk yg dia dah masak kat umah dia. Aku just masak nasik je.. bertuahkan aku dpt mak mertua camtu! Tapi pagi semalam bila SIL aku ckp nak datang berbuka kat umah aku dan ckp nanti mak masak bawak ke umah kak lin (aku le tu).. aku pun menolak...

aku cakap, "eh tak payah bawak pape la.. biarlah akak masak. Akak dah beli ikan kat pasar pagi tadi".

Huahuahua! susah nk dengar aku ckp cemitu.. tapi ntah nape plak aku rajin nak masak semalam. Buang tebiat aperrr!

So petang semalam bila dah nak dekat azan magrib, aku pun bawak turun segala lauk pauk yg aku masak ke bawah.. Nak makan kat atas meja mane muat.. al maklum je la meja makan aku bulat dan cuma ada 6 kerusi je..

emm lauk pertama yg aku bawak turun adalah ini... asam pedas ikan merah!!! hehehe. Bila bapak mertua aku nampak je..

Bapak mertua aku ckp "wah nampak macam menyelerakan la Faris", dia ckp kat anak aku.

Dalam hati aku.. tu belum rasa lagi tu.. hehe!


ni pulak lauk2 lain yang aku masak


bila dah masuk waktu.. mulalah adegan makan memakan...

jgn jeles.. aku dengar bapak mertua aku cakap...

sedaplah Faris!

pastu aku tnya kat laki aku .. sedap tak bang?

hehehe saje je...

Laki aku cakap.. sedap! sedap! Masak ke beli nih??

Eh laki aku nih macam tak pecaya pulak bini dia yg masak! kalau beli tak sedap macam ini tau!

wah bila dengar semua orang cakap sedap.. aku apa lagi.. kembang lah segala-segalanya yg boleh kembang.. sukerrrrrr sangattttt! Mane tak suker, sehari suntuk aku fikir nak masak apa.. pastu naik juling bijik mata cari resepi kat tenet ni hah! Akhirnya aku jumpa jugak resepi yg aku rasa agak menarik.. Asam Pedas Melaka!

Tapi percayalah memang mebeles! Korang kena cuba!

terima kasih la kat blog nih .

saper2 yg nak cuba resepi ni bole la gi ke blog tu.. takpun amik je kat sini aku dah cut & paste.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg ikan tenggiri (aku guna ikan merah)
2 biji tomato (aku guna bendi je)
2 kuntum bunga kantan (aku letak juga daun kesum, bio lg sedap)
1 cawan cili kisar - aku guna cili masak kisar
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan jus asam jawa
750 ml air (lebih kurang)

A (KISAR HALUS)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup
2 cm halia
1 camca besar jintan manis
1 camca teh lada hitam biji
1 cm belacan (aku tak letak pun)

B...
1 biji bawang besar, dihiris
1/2 camca teh halba
1/2 camca teh biji sawi
3 - 4 tangkai daun kari (aku x letak)

CARA MEMBUATNYA :-)
Ikan dibersihkan, cuci dan toskan.

bendi tak perlu dipotong2. Masukkan sebiji-sebiji.

Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan "B" hingga harum dan perang, masukkan bahan "A" dan juga cili kisar, goreng dengan api sederhana hingga terbit minyak. Tuang air dan biar mendidih.'

Masukkan ikan, jus asam jawa, daun kesum, bunga kantan dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula.

Bila mendidih, masukkan terung atau bendi atau tomato, ikut suka).

masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api.

1 comment:

Bisikan said...

waaa..... terernye akak aku masak... nampak memang menyelerakan... yang tak tahannye tuh... dia punye perasan tuh.... tapi tabik wo... rajin masak... heheheh