SELAMAT DATANG KE MELLIFERA-ROSA

Salam Aidilfitri buat semua..

Assalamualaikum..

Diam tak diam tinggal 2 hari je nak raya kan.. Syokkkkk nyerrr nak raya tahun ni.. pasal hapa entah. Yang pasti aku memang terasa macam syok. Terlebih syok pulak mak dari anak. Ekeke. Mungkin sebab anak aku yg sulung terlalu excited nak sambut raya thn ni kot. Kalu dulu dia belum faham apa itu raya. Tapi thn ni walaupun tak byk .. dia dah mula faham apa itu puasa.. kenapa kena puasa.. dan apa itu raya.. Alhamdulillah anak aku semakin membesar dgn baik. Tu semua hasil didikan aku lerr.. Hehe. Pasan! Ishk ni cite apa plak ni. Kan nak cite pasal raya. Meraban ke lain plak!

Semalam aku amik cuti. Cari baju melayu anak aku. Minggu lps aku dh beli benonya.. tp tak acu kat badan anak aku. So malam tadi baru teringat nak try.. hemmmm bila try fulaweyyyy... tak muat! Mula2 tgk baju tu.. mcm besar. Ni muatlah ni.. takkan tak muat.. Ngopernyer tak muat gak. Gemuk betul ko Faris! Aduhaiii punye la jauh beli tu ari kat Klang. Giler! takkan aku nak pegi balik ke Klang tu semata2 nak tukar baju tu. Memang dah takde la tentunye. So aku carilah kat Banting.. puas tawap la satu Banting tu.. takde saiz.. pastu aku terjah ke Dengkil plak.. pun takde! Last-last aku gi Nilai Square.. ada saiz tp jenis kain lain.. warna pun x sama.. lantaklah janji lebih kurang..

Yang laki aku pulak dr sebelum pose lg aku dah soh dia tempah baju. Dia kata tak payah la.. beli siap je. Murah pun murah! Emm tak bole kata apa la.. ikut je la rentak dia. Masa belikan baju anak aku tu dia beli gak utk dia. Sampai rumah, baru try.. Tang badan ok.. tang seluar pulak ngam2.. Aku sure punyer lah pagi raya seluar itu akan koyak lah di celah kangkang dia tu! Yerr pasti!!!!

Korang thn ni beraya kay ner??? Aku raya kat umah mak mertua aku. Sebenarnya thn ni turn beraya kat umah bapak aku.. Tapi abang2 aku ajak tukar plan. Dia soh kitorang adik badik beraya kat umah mertua dulu. Raya kedua baru ke umah bapak aku. Tapi raya kedua tu aku ngan adik badik aku akan berkumpul kat umah nenek aku dulu. Lepas tu baru sama-sama konvoi balik umah bapak aku. Tu yg jd macam syok kot! Sebab aku rasa thn ni baru dpt jumpa semua adik badik pada hari yg sama. Kalau tak dulu sekerat balik umah bapak aku.. sekerat lg balik umah pak mertua. So ok la kan.. aku pun dah beli kain mahal.. pada aku mahal lah.. 4 meter 120 hinggit.. sebabnyerr ipar duai aku jenis high class.. malu ler aku pakai baju 30 hinggit jerr..! Untuk makluman.. ipar duai aku adalah semua PEREMPUAN!!!! Adik badik aku semua lelaki.. aku sowang je pompuan tau! So aku kena tunjuk la sikit yg aku ni tak sengkek sgt.. walaupun aku ni memang sengkek! So layannnnn... Wakakaka!


So sempena bulan baik.. hari baik ni.. aku nk amik kesempatan ini utk ucap selamat menyambut hari raya.. maaf zahir dan batin pada semua shabat handai.. rakan taulan.. saudara mara dan sesiapa saje yg mengenali aku la.. so kosong-kosong yerr.. Jemput2 la datang umah aku. Kedatangan korang memang dialu-alukan biarpun umah aku takde biskut raya.. kerepek raya.. air raya.. tapi KFC dekat je kat umah aku nihhh.. order jerrrr.. korang bayarkan k... hehehe.

No comments: