SELAMAT DATANG KE MELLIFERA-ROSA

Kekasihku suami orang..


Kekasihku suami orang..

Eh.. no! no! no!.. kekasihku suamiku tau!

Tu la title entry aku memalam buta ni. Agak hot sikit title aku ni kan.. hehehe.. Agak2 suami siapa la tu kan jadi mangsa..? Harap-harap janganlah suamiku itu.. Biarpun laki aku tak encem.. tak kaya.. gemok.. itam berkilat.. tapi dia suamiku.

Tapi zaman sekarang ni.. ia seolah-olah dah menjadi trend.. betul tak? Ramai sangat dah budak2 muda sekarang yang bercinta ngan suami orang. Kenapa ek? Padahal suami orang tu sama gak ngan lelaki bujang. Kalau diikutkan lelaki bujang lagilah senang.. takde komitmen dengan sesiapa .. dan takde sape pun yang nak halang dia kemana-mana. Tapi kalau suami orang ni.. nak ke mana-mana pun nak kena kasi tau bini, anak-anak.. nak kena tipu bini.. anak-anak.. kan leceh macam tu.

Tapi tak semua perempuan sependapat dengan aku. Pada mereka mungkin suami orang ni lebih caring, penyayang, lebih memahami dan satu lagi mungkin lebih stabil dari segi kewangan ke..? tapi pernah tak kita terfikir adakah suami orang ni caring, memahami dan menyayangi isteri dorang? Apa? Korang nak cakap suami orang ni mungkin tak bahagia ngan isteri dia. Atau isteri dia tak pandai layan suami? Itu mungkin cuma alasan si suami. Sedangkan apa yang sebenarnya berlaku kita tak tahu. Mungkin juga si suami ni memang gatal, tak cukup dengan satu! Ataupun juga si perempuan ni jugak gatal.. dok layan suami orang tu kenapa kan..??

Apapun kita ni perempuan, dan sepatutnya kita memahami perasaan perempuan lain. Cuba kalau suami kita yang dirampas. Apa perasaan korang. Apalah yang hebat sangat ngan suami orang ni kan?? Kalau setakat kaya tapi tak menjaga hati isteri dan anak-anak.. nak buat apa.. Mungkin suatu hari nanti dia juga boleh memperlakukan kita seperti dia memperlakukan isteri dia. So awaslah. Bak kata Ustazah Siti Norbahyah dalam rancangan Semanis Kurma .. Nabi tidak mengaku umat bagi perempuan-perempuan yang merosakkan rumah tangga orang lain. Hah ingat tuhh.. kita hidup ni bukan di dunia saje.. tapi utk akhirat juga. So fikir-fikirkan la..


2 comments:

mamaniena said...

tu la macam dah jadi trend,slalunya yang jd mangsa sesama perempuan, depa gak menang.

PearlnScarf said...

susah nak ckp.. tapi selalu nya diorg nie x kisah n fhm yg diorg bercinta laki orang