SELAMAT DATANG KE MELLIFERA-ROSA

check perut yang semakin memboyot..

Ari ni aku masuk keje agak lewat sikit.. Bukan lewat sikit lagi.. Dah pukul 11.30... hehe. Alasan.. pegi klnik kesihatan Sg pelek kat depan PID tu je. Punyer la lama menunggu.. Nak register pun amik masa. Camni la kan jabatan kerajaan.

Tujuan ke klinik untuk check perut aku.. sejak akhir-akhir ni perut aku semakin membuncit. Macam gambar kat bawah ni.. Tapi perut dia lagi cantik la dari perut aku. Perut aku banyak sangat bumper.. berlapis-lapis mcm kuih lapis.



MA tu kata mungkin aku preknen. Aku menidakkan. Tapi dia tetap gak suruh aku buat pregnency test dulu. Kena bayar pulak tu! Dia cakap aku yang request untuk check perut dan scanning. So 20 hengget telah terbang! Peliks gak aku kena bayar.. kerajaan takde duit kekdahnya. Arghhh lantaklah. Dulu aku dah check kat swasta, tapi tak nampak apa pun. So ni try pulak klinik kerajaan..

Seperti yang telah aku katakan pada MA tu.. sah-sah dan konfom result pregnency test tu NEGATIF! Aku cakap dia tak mo percaya.. Aku yang buat, aku tau la kan.. Pastu dia pas aku ke MO.. Doktor cuma tekan-tekan perut aku je. Awat la doktor ni dok tekan-tekan perut aku ni.. ingat perut aku ni tayar kereta.. donut..! Boleh pulak dia kata ni lemak-lemak je ni. Nasib baik dia kata lemak kan.. kalau angin.. memang dah lama meletup! Hah hamik ko!

Dia suruh aku datang balik esok pagi untuk buat scanning. Alasan.. aku dah kencing. So takde air lagi dalam perut. Kalau scan pun tak nampak. So esok pagi-pagi terpaksalah hantar budak Faris dan Kasih awal-awal pagi. Alahai risaunyer..

Mesej utk Zel.. adik ko buang fabroid kat KPJ tu brp ribu terbang???


5 comments:

MAKCIK REHAN said...

mahainya sampai 20 hinggit! patutnya kinik kajaan FOC jahhh!

lynda_hani said...

tu la pasai..

I want to lose weight said...

dekat gak ler 8K
kak ipar aku 10k+

baik ko g cek je kat kpj..
adik aku masa 1st cek.. kena 70 je

miss lolly a.k.a luvfareda said...

kuiiiiiiii.


mahal ouh. cam apee ntah bayaran

Kujie said...

tak pa lah susah utk tau status kesihatan kita....kalau tatau lagi susah hati

harap2 tak de apa2lah tu...

cacing je..hahaha