SELAMAT DATANG KE MELLIFERA-ROSA

BEN ASHAARI jelajah blog hakakk noo..



Assalamualaikum dan salam 1 malaysia.

Hai Ben, nama hakak lynda_hani. hakak seorang ibu kepada dua orang cahaya mata yang sangat comel. Nama blog hakak Ceritaku.. Sebut je mellifera-rosa.. itulah ceritaku. Mellifera ni diambil dari nama Apis Mellifera. Kalau nak tahu Apis Mellifera adalah nama saintifik bagi lebah. So saya mengambil nama mellifera sebab ia sinonim dengan anak lelaki saya sebagai lebah. Manakala rosa atau bunga ros pula sinonim dengan anak perempuan saya. Oleh sebab saya mempunyai dua orang anak iaitu seorang lelaki dan seorang lagi perempuan. So penggunaan dan kisah mellifera-rosa adalah amat sesuai untuk Ceritaku.

Ceritaku hanya mencatatkan kisah hidup saya sebagai seorang anak kpd kedua ibubapa saya, isteri tunggal kepada suami saya (ada berani nk tambah 3 lagi bini??) kehkehkeh! dan seorang mama kepada 2 cahaya mata. Kiranya ni macam diari la. Tapi ada jugak saya selitkan sedikit info-info yang berguna.. tazkirah.. (eh ada ke?) untuk tatapan pengunjung blog saya ni.

emmm pesal ayat2 aku cam skima jek ni! Hahaha mesti kome baca mcm baca karangan bahasa melayu kan?? Ok... hakak start berblogging ni pada bln 2 thn 2009. Ala baru setahun jagung! tak bole nak celen org lain. Sebelum ni hakak mengarang kat fotopages.. masa tu tak reti lagi guna blog belog nih! Buta IT katakan.. (buta IT pun bole duduk kat PID kan.. kihkihkih).. Last-last sebab hakak ni seoarang yg rajin kan.. tegar duduk 8 jam sehari depan laptop ni je sampai kematu bontot hakak ni, makanya terhasillah blog Ceritaku nih! Nuffnang! Haa nuffnang ni baru je sign up minggu lepas.. Jeles sama itu Zalia (geng hakak jugak).. dlm duduk diam2 klik dan klik.. tup tup dpt 200! klik klik klik dpt 300.. No wonder la follower dia pun dh ramai. Hakak jeles hokay! So makanya di atas kejelesan hakak.. you must be in here hokay!

Segmen ni hakak jumpa masa hakak nengok-nengok website Ben la.. hakak pun JELAJAH jugak nooo.. tiba2 tersadung batu pulak! Tu yg terjumpa segmen nih ni.. Hah sebelum terlupa hakak dpt tau pasal GengBlogger dari belog Mat Gebu.. ucapan ribuan terima kasih la kat che mat yer.. So Ben ada berani jelajah belog hakak ni???? kihkihkih.. mcm la haku ni garang banget! Apapun saya menghargai dan mengalu-alukan kedatangan BEN ASHAARI.

p/s : kwn2 jgn caci maci atau gelakkan penulisanku yang ini yerr.. mesti korang kata aku poyo kan.. hahaha lantak la kan belog haku.. suka haku jugak la kan.. demi 1k.. 5k..10k..50k.. ahhh x kisah la! Adios.. Peace no war!!! kuikuikui!

No comments: