SELAMAT DATANG KE MELLIFERA-ROSA

betul2 seram! disarankan jgn tgk klu lemah jantung!

cerita ni masa aku gi Tiara Beach Resort last weekend.. entry tu ari tak sempat nak cite..
so ari ni baru sempat nak cerita.

Malam tu dinner memang best.. ada nyanyian, ada persembahan, ada cabutan bertuah, ada anugerah ibu terbaik, ada anugerah pakaian tercantik.. kira semua anugerah ada la.. Cuma yang takde anugerah punch kad merah! kahkahkah!

Borak punye borak.. jam dah menunjukkan kul 11.45 malam. Faris pun dh sebok ajak balik.. Mana taknyer asyik terkuap-kuap mengalahkan badak menguap! Si Kasih jgn tanyalah dah lena diulit mimpi sampai senget bahu aku ni menahan kepala dia. So aku pun ajak la laki aku balik bilik. Emmm ingatkan sampai bilik memasing sambung la tido.. ropernyer tak.. sambung main dua orang beradik tu.. Hangin je aku tgk bebudak ni tau! Suka la nak.. sesekali kannnn...Pas penat dorang main.. aku pun soh dorang ni basuh muka, basuh kaki dan tukar baju tido.

Jam dah menunjukkan kul 12.45 malam ni. Aku pun menuju ke almari nak amik baju tido budak2 ni.. Masa aku nak bukak daun pintu almari tu.. aku dah rasa semacam je dah ni.. aiiii pesal meremang je bulu roma aku ni.. aku pandang laki aku.. laki aku pandang aku. Ahhh takde pape la agaknya.. ayat nk menyedapkan hati..

so dengan tenangnya.. perhhh tenang konon! Aku pun buka pintu almari tu..

arrrrrrrrrrrrrrrrr rasa nk menjerit..

sunggguhhhhh menakutkan..

... serammmm.. ngeri....

aku jumpa........

*
*
*
*
dua orang budak ni tak pakai baju duduk dalam almari tgh makan karipap..
ekekeke!




4 comments:

Sang Karipap said...

Hari ni aje dua entri blog pasal karipap...bangganya saya~~:P


Jom singgah blog saya pulak :D

Bila Karipap Boleh Bercakap

CiK NuNu said...

sabo jer la anak akak berdua tue.. hehehhehe

lynda_hani said...

tu la pasal nunu.. derang ni suka macam2.. kdg pening dibuatnya.

lynda_hani said...

sang karipap jual karipap ka??