SELAMAT DATANG KE MELLIFERA-ROSA

Anak haram..

gelaran yang sangat bisa..

gelaran yang amat tidak enak didengar..

Mengapa mereka dihina.. mengapa mereka dicaci.. mengapa mereka dipulau.. mengapa mereka dibuang..??

Sedangkan mereka tidak pernah mengerti mengapa mereka dilahirkan....
Mereka juga tidak pernah meminta untuk dilahirkan ke dunia ini...

Dimanakah pertimbangan hati dan perasaan seorang yang bergelar manusia??

Ya Allah betapa kejamnya manusia yang begitu tegar membuang dan membunuh anak yang berada dalam rahimnya sendiri selama 9 bulan..

Apakah tidak ada setitik kasih sayang terpahat dihatinya?
Apakah tidak ada keperimanusiaan dalam dirinya?

Subhanallah..

Apakah kau ingin mengatakan bahawa kau seorang yang jahil agama..
...atau.. kau ingin mengatakan kau tidak mempunyai ilmu..?

Tapi..
Apakah kau tidak mempunyai akal fikiran yang waras?
Apakah kau tidak mempunyai hati??
Apakah kau tidak mempunyai perasaan??

Di manakah semua itu? Butakah akalmu.. butakah hatimu.. butakah perasaanmu sehinggakan kau sanggup melakukan perbuatan hina lagi terkutuk itu?

Andainya mereka boleh meminta utk dilahirkan.. Sudah tentu mereka meminta untuk berada di rahim seorang ibu yang solehah. Setidaknya mereka tidak digelar sebagai anak haram..

Nauzubillah..







1 comment: