SELAMAT DATANG KE MELLIFERA-ROSA

minta ampun mak...

dah 3 hari aku tak bersiaran. Betul-betul sibuk aku sabtu ahad lepas.. Ari sabtu tu pergi cari printer kat banting.. pastu singgah umah mak mertua kejap.. petang pulak kena gi seremban ada appointment dengan orang bank. Hari ahad tu pulak kenduri kat umah makcik aku pastu berkejar ke umah mak mertua sebab mak mertua minta hantarkan dia gi kenduri kawin kat meru, klang.

Hari ahad tu ada kejadian yang tak berapa best.. Masa ari sabtu tu.. mak mertua aku ada ckp pasal dia nk gi kenduri kat klang tu tapi takde orang nak hantar. So aku cakap la yang aku mungkin tak boleh hantar sebab makcik aku pun buat kenduri kawin. Dalam pada yg sama rupernya laki aku pulak cakap ngan bapak dia yang dia bole hantar. Aku tak kisah dia nak hantar lepas gi kenduri makcik aku tu..

Pastu balik tu laki aku cite yg esok nak pi amik mak abah dulu baru pegi umah macik aku tu.. Laaaa pesal pulak nak amik mak abah dulu.. ye la.. dari umah kita nak ke umah mak tu kan amik masa 45 minit.. pastu nak patah balik ke umah makcik kat bt laut tu pulak amik masa 1 jam.. so kat situ dah rugi dekat 2 jam. Takkan la nak gi kenduri kawin umah macik setakat datang makan pastu terus balik.. malu la kan.. dah la tak menolong apa-apa tup-tup datang tinggal makan je. So aku cakap kat laki aku daripada buang masa 2 jam tu.. baik kita pegi kenduri kawin macik aku tu dulu.. so sempat la nak borak-borak ke nak tolong-tolong apa yang patut dalam masa 2 jam tu. Lepas tu baru la kita amik mak abah terus gi kelang. Betul tak? Haah betul gak.. abang tak terfikir pulak! Laki aku pun setuju.

Sampai pagi ahad tu.. aku ni dah la dok kalut mengemas.. mandikan si kasih..siapkan barang-barang anak aku pastu laki aku pulak sebok tengokkan si faris ni siapkan kerja sekolah. Bila semua dah setel baru la kitorang bertolak ke rumah macik aku ni. Tu pun sampai umah macik aku pun dah dekat kul 11 pagi. Tengah borak-borak kat umah macik aku tu.. tiba-tiba biras aku tepun.. tnya nape tak tepun mak.. mak dah tunggu dari kul 9 pagi tadi. Ya Allah laki aku tak tepun lagi ke? Aku pun tak hengat langsung nak ingatkan laki aku tepun mak dia yang kitorang pegi umah macik aku dulu. Biras aku cakap mak mertua aku dah marah-marah. Aduiiii... pesal boleh lupa tepun mak ni.. parahhh! Memang la bole marah kan .. janji tak ditepati! Hohoho.. aku pun tnya kat laki aku.. awak tak tepun mak ke? Dengan muka tak bersalah dia kata tak! Aduhaiii laki aku ni.. Aku ni dah la menantu.. aku risau apa-apa nanti dia fikir aku yang punye pasal! So dan-dan tu aku ajak laki aku balik. Makcik aku ngan sepupu-sepupu aku sebok tnya pesal cepat sgt aku nak balik.. Mintak mahhhaap la tetiba baru teringat ada janji ngan orang..

Masuk je kereta.. laki aku terus berdezup ke umah mak dia.. Kereta dah hazab.. berdezup camne pun dekat 1 jam jugak sampai. Turun je kereta terpacul muka biras aku... dia cakap mak abah takde.. dah kuar naik motor bawak helmet sekali! Mak abah dah merajuk!

Hah! Mak abah merajuk?? uwaaaa... apa nak buat ni. Laki aku ni pulak keras hati.. Dah la mak abah dia marah.. merajuk camni.. dia pulak tak nak tunggu sampai mak dia balik! Aku soh tepun mintak maaf pun dia tak buat! Aleh-aleh dia suruh aku pulak yang tepun! Dia cakap dia malu! Abis aku ni tak malu ker?? Yang tu mak dia.. aku ni menantu je.. kang kalau aku tepun.. aku kena sembur.. aku pulak yang terasa hati.. Baiklah dia yang tepun.. at least tu mak dia.. marah-marah pun setakat mane kan.. hehehe.. (Dah buat salah memang la malu nak tepun kan..Aku pun kepala batu jugak.. ekeke!) Sebab tu aku tak bersiaran beberapa hari ni.. dok pikiaq sama itu mak mertua.. Ala-ala latokkk.. tulunnnnnn! Makkkkkk minta ampun.. minta ampun.. minta ampun yerr mak..huhuhu.. maluuuuu... (Harap2 adik ipar aku bagi mak dia baca entry aku ni.. huhuhu!)





No comments: