SELAMAT DATANG KE MELLIFERA-ROSA

aku sangat teruja

apa yg anak aku dapat setelah 4 minggu di Tadika Tunas Mukmin (tadika 5 thn) ..

- emm biasalah sebagai mak kan.. mestilah kita nak tau apa yg dia belajar di sekolah. Anak aku kata byk nyanyi ngan main je. Ok la..sebab minggu pertama minggu suai kenal.

- pada minggu kedua pulak.. masa dia balik rumah.. anak aku tnya "mama.. asaddun (bhs arab) apa? Manele mama tau pekebendenyer nak oi.. mama bkn seklah arab! So aku bantai je la "tangan". Hahaha.. anak aku pulak bantai gelak.. "mama ni tak tau la.. asaddun tu singa. Dia tnya lagi.. babun? Aku bantai lagi "ayam betina.." Salah gak! Babun tu pintu. Ok la. Aku senyum je sambil puji2 la dia pandai. Dah tu bole pulak dia tnya aku lg.. Mama tak sekolah ke masa mama kecik2 dulu?? Berdesing telinga aku tau! Mama belajar thp universiti tau.. klu tak mama x dpt anak sebijak ko tau! hahaha! (ckp dlm hati je). Bila ayah dia balik.. dia try kat bapak dia pulak! Ayah, asaddun apa? Ayah dia jwb singa. Betul! Dia tnya lagi.. tuffahun apa? Bapak dia jwb epal. Betul! Pandailah ayah. Mama tak tau! Ye la bapak ko sekolah men. agama.. Tentula dia bole jawab.

- hari2 yang seterusnya.. Adalah satu hari tu dia balik bawak buku Iqra' .. Malam tu aku soh dia mengaji. Alhamdulillah dia dah bole baca sampai 3 muka surat iqra' jilid 1 tu. Dan mampu menghafal doa sblm n slps makan, doa sblm n slps bngn tido, doa masuk n keluar tandas dan doa nak belajar dengan lancar. Rukun islam pun dah tau.. alamdulillah sangat2.

- minggu lepas.. setelah genap sebulan dia sekolah..
hah.. ini yg wat aku sangat teruja..
.. dia dah pandai sembahyang..
.. dia dah hafal surah al-fatihah, dah hafal bacaan2 ketika nk rukuk, duduk antara sujud, nk sujud dengan lancar tanpa tersekat.. cuma bacaan tahiyat awal.. dia masih tersangkut2 sebab ayat dia panjang.
.. dan..
.. selepas dia bagi salam akhir.. dia tadah tangan dan doa camni :

*** Ya Allah ko sihatkan mama, ayah dan adik. Bagilah mama kaya cepat. Amin.***

Rasa nak gelak bila dia doa kayakan mama dia ... Tapi bila difikirkan mungkin maksud dia tu tambahkan rezeki mama dia. Apapun tak kisahlah.. yg penting niat dia tu.

Bahagiakan dapat anak camni.. Semoga anak2 aku menjadi anak yg soleh dan solehah.

2 comments:

Zalia Hezlin Abolah Zawawi said...

Anak aku.. bangun pagi..

"AUNG SAN MAMI"..

"MEI YOOO MAMI?"

Huwaaaa..

Takpe-takpe..
Tahun depan dia dah boleh masuk tadika masjid depan ni..
Tahun ni permohonan dia kena tolak sbb belum cukup umur & masih pakai diapers.

lynda_hani said...

apa tu zel?
dulu aku pun nk jgk masukkan sekolah cina takpun smart reader.. sbb bdk2 skang pandai2.. byk saingan. Tapi laki aku tak bg.. dia ckp biarlah dia belajar asas agama dulu.

Tp anak ko tu cepat tangkap jugak zel yer.. dah bole ckp cina. Ko pun bole belajar sekali.