SELAMAT DATANG KE MELLIFERA-ROSA

Belajarlah menulis di atas pasir

kenapa di atas pasir???

bacalah ceritaku dibawah ini yerrr...

selamat membaca kawan2...

DUA orang sahabat karib sedang berjalan melintasi sebuah gurun pasir. A dan B. Di tengah-tengah perjalanan, tiba-tiba sahaja tercetus pertengkaran di antara mereka berdua. A telah menghadiahkan B satu tamparan yang hinggap di pipinya. B berasa sangat sakit hati tetapi tidak bertindak balas. Tanpa berkata apa-apa, B menulis di atas pasir : Hari ini, sahabat baik ku telah menampar mukaku. Kemudian mereka meneruskan perjalanan sehinggalah mereka menemui sebuah kawasan subur di padang pasir. Mereka mengambil kata sepakat untuk mandi di oasis tersebut sebelum meneruskan perjalanan yang masih jauh.
Dalam asyik membersihkan diri masing-masing, B nyaris tenggelam dan lemas tetapi berjaya diselamatkan oleh sahabatnya, A. Ketika B mulai sedar dari lemas dan hilang rasa takut, dia menulis di atas sebuah batu : Hari ini, sahabat baikku telah menyelamatkan nyawaku.
A bertanya: “kenapa setelah aku melukai hatimu, kau menulis di atas pasir. Dan sekarang, kenapa pula kau menulis di atas batu? Sambil tersenyum, B berkata : : “ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang menghembus dan menghapuskan tulisan itu. Dan apabila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tidak hilang ditiup sang bayu.”

Moral cerita, dalam kehidupan seharian kita, sering terjadinya perbezaan pendapat dan konflik disebabkan oleh pandangan kita yang juga berbeza-beza. Oleh kerana itu, cubalah utk saling memaafkan dan melupakan perselisihan lalu. Belajarlah menulis di atas pasir. --Petikan Utusan

Seperti jua kata para hukamak “Lupakanlah kesilapan yang dilakukan oleh orang lain kpd kita, tetapi ingatlah kebaikan org pd kita.. Lupakanlah kebaikan yang kita lakukan kpd orang lain, tetapi ingatlah kesilapan dan keburukan yg kita lakukan kpd orang lain”….kerna hidup ini terlalu singkat utk kita tidak melakukan kebaikan dan memaafkan kesilapan insan lain..kerana segala makhluk akan kembali kepadaNya.

Dah abiz baca dah..??? so amik la yg baik dari cerita kat atas tu yerr kawan2.. sama-samalah kita memuhasabahkan diri kita. e ceh ceh ceh! hehe..

No comments: