SELAMAT DATANG KE MELLIFERA-ROSA

Saatku baca blog Rehan

Bila baca blog Rehan teringat waktu saya duduk ngan MIL pas kawin dulu. Kalau Rehan bole bertahan duduk kat rumah MIL selama 3 thn.. saya cuma bertahan 1 thn jekk.. Selepas lahirkan anak yg sulung dan umur anak cecah 4 bln.. saya berpindah ke daerah Sepang. Saya ngan kuarga MIL takde apa-apa masalah.. Cuma saya nak belajar hidup sendiri.. tak kisah lah camne saya nak hidup.. masak ke tak.. makan ke tak.. basuh kain baju ke tak.. kemas rumah ke tak.. semua tu terpulang pada saya. My MIL adalah seorang yg sgt baik. Masa saya demam ke sakit pening ke.. even masa saya dlm pantang.. MIL bawakan nasi ke dlm bilik.. Kalau saya sakit kepala dia sapukan minyak angin dan urut kepala saya. Susah nak jumpa MIL cam ni kan? Cumanya kena tahan telinga sikit la waktu dia bebelkan anak2 dia! Biasalah tu kan orang tua. Masa saya duduk kat umah MIL ni, saya tak penah masak! Demi Allah! Sampai sekarang pun saya tak penah masak bila saya balik ke umah MIL! Percaya ke tak? Tapi hakikat! Saya bukan pandai masak sgt pun! Yg benonya pemalas! Hehehe! Sehingga hari ni.. kalau MIL datang ke rumah saya.. MIL siap bawak nasi dan lauk pauk sekali sebab dia tau dia punyer MENANTU HANTU tak masak! Hari-hari beli kat kedai sampai FIL cakap saya dok mengayakan kedai tu. Muah! Muah! Muah! Nasibla kan.. tu idup saya! Tapi alhamdulillah saya tak penah dengar lagi kutukan dari MIL atau adik2 ipar saya. Kalau ada pun mungkin dorang cakap kat belakang la kan.. Itu lantak la kan..

So saya nak cerita sebab utama saya pindah dari umah MIL..

1. Saya pemalas!
2. Saya tak pandai masak!
3. Saya tak pandai amik hati!
4. Saya tak pandai sorok perasaan saya! Maksudnya orang boleh baca muka saya bila saya tak suka.. marah.. merajuk.. bengang..
5. Saya nak saya dan especially my Hubby la..belajar hidup berdikari. My Hubby yg sebeno-benonya “anak mak”.. bila Hubby sebut nak makan itu ini .. his Mom masakkan..! bila hubby xde duit... his Mom hulur..! Bayangkanlah… saya tak nak la cerita details bab ni.. tau-tau la bila digelar “anak mak” ni kan..
6. Saya tak nak anak saya jadi mcm anak jiran dpn umah MIL.. Oleh sebab terlalu dimanjakan oleh nenek dia, anak dia (cucu) jadi tak mesra ngan mak sendiri. Mak dia ajak gi mane2 pun.. anak dia buat tak hirau. Anak dia lg prefer duduk ngan nenek dia! Yang plg saya tak suka anak dia tak nak dengar kata mak dia! Pada fikiran saya masa tu.. anak saya ni cam ada talent jadi mcm anak org dpn rmh tu. Saya tak tahan tengok mende2 ni.. nanti saya meraung dan wat sakit ati je..
7. Saya tak suka duduk kat bilik yg diumpamakan mcm rumah saya. Bilik tu sarat dengan katil, almari baju, almari make up, buaian, bakul baju kotor, hadiah2 kawin, TV dan mcm2 lagi la. Bilik bukan la besar mane.. sekangkang kera je! Sesak saya duduk dalam tu.. Takkan saya nak membongkang kat dpn TV umah MIL kan.. so dah tentu2nya saya dok terperuk kat dlm bilik je! Lagipun masa tu baru kawin.. tak reti lagi nak wat taiko!
8. Saya nak life saya sendiri.. Saya punyer rumah.. saya punyer suka la kan! Ikut suka saya nak letak meja kat mane? TV kat mane? Nak rumah berkapau ke? Nak masak ke.. semua ikut suka saya la..

Bila dah hidup sendiri..

1. Tak penah masak pun!
2. Hari-hari makan kat luar!
3. Sabtu ahad tak pernah lekat kat rumah!
4. Duit byk abis..!
5. Rumah berkapau mcm tong pecah!
6. Kain baju membukit mengalahkan Bukit Changgang!
7. Ruang tamu dah macam bilik tido!
8. Bilik tido plak dah macam bilik store!
9. Anak tunggang langgang!
10. Tapi hidup haku BEBASSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS! Haku sukerrrr .. !


MORAL HIDUP NGAN MIL!

KEBAIKAN:
1. Ada orang masakkan !
2. Balik kerja makanan dah terhidang!
3. Ada orang angkatkan baju kat ampaian !
4. Ada orang kemas rumah !
5. Ada orang jaga anak-anak! Jimat duit upah pengasuh!
6. Keselamatan / kebajikan anak2 terjamin! Tak payah risau anak makan ke tak.. mandi ke tak.. kena dera ke..
7. Ada orang tolong tengok2kan anak-anak bila kita sakit pening ke kita gi dating ngan hubby kita ke..
8. Ada orang layan anak kita bermain kalau kita malas nak layan ke.. nak membuta ke!
9. Jimat segala duit bil api air.. duit dapur.. duit jajan anak2.. SEMUA SHARE!


KEBURUKAN :
1. Tak jadi orang!
2. Tak reti berdikari!
3. Tak pandai masak! Dok mengharapkan MIL jek!
4. Anak manja yang amat-amat ngan atok nenek dia!
5. Terpaksa jadi pelakon Cakerama Melayu..
6. Hidup berpura-pura!
7. Takde rumah sendiri!
8. Tak merasa hidup sendiri!

Tapi saya rasa Rehan perlukan kehidupan sendiri. Macam saya walaupun tak pandai nak uruskan rumah tangga dan anak2 dengan sempurna.. At least kami bahagia dengan kehidupan kami.. Yang penting kita enjoy! Baru la jiwa kita bebas.. dan bole hidup dengan aman, selesa dan bahagia! Insyallah! Lain orang lain pendapatnya... terpulang pada seseorang menilai erti kebahagiaan selepas berumah tangga.

No comments: