SELAMAT DATANG KE MELLIFERA-ROSA

Cerita anak sulung saya

Pejam celik - pejam celik dah 3 tahun setengah umur anak saya ni. Dalam umur dia ni.. apa progress dia ek. Nak tau?? Jom...

1. Dah pandai baca doa makan, doa selepas makan, doa tido, doa masuk tandas, doa naik kenderaan dan baca surah al-fatihah.
2. Dah kenal huruf A - Z / 1 - 10.. Dah pantas dah..
3. Dah pandai tulis huruf A - Z. Sekarang tengah belajar baca suku kata perkataan dan belajar tulis nama dia.
4. Dah boleh lukis kereta.. ikut gaya dia la..
5. Dah pandai jaga adik
6. Dah pandai mandi sendiri
7. Kenal semua jenis kereta.. mama dia pun kdg2 tak tau kereta apa, tapi dia bole tau. Toyota Caldina tu pun dia tau.
8. Pandai guna komputer sampai jahanam komputer saya
9. Pandai guna dan kayuh basikal dengan betul.
10. Pandai guna vcd player. Saya dah tak payah susah2 layan dia on kan vcd player tu lg. Hah tapi terpaksa carikan vcd dia yang entah mane2 dia letak.
11. Dah pandai nak solat.. asal dengar azan bergema je.. mesti dia ckp.."mama, abang sembahyang dulu yer".. then dia pun masuk bilik air.. basuh tangan.. basuh muka.. basuh kaki.. pastu masuk bilik.. hampar sejadah.. berdiri sujud berdiri sujud. Pastu duduk berdoa dengan mulut komat-kamit tak berbunyi.. apa dia baca pun saya tak tau. Bila saya tanya abang baca baca apa.."abang doa la ma.. apalah mama ni. tu pun tak tau"

Hemm.. Cepatnya masa berlalu kan.. Dah besar dah anak bujang saya. Fikiran semakin matang, mulut semakin rancak. Kadang2 kalau dengar dia bercakap tu.. macam diajar-ajar pulak. Keletah kemain.

Ni la gambar terkini anak sulung saya..


No comments: