Assalamualaikum..
Diam tak diam tinggal 2 hari je nak raya kan.. Syokkkkk nyerrr nak raya tahun ni.. pasal hapa entah. Yang pasti aku memang terasa macam syok. Terlebih syok pulak mak dari anak. Ekeke. Mungkin sebab anak aku yg sulung terlalu excited nak sambut raya thn ni kot. Kalu dulu dia belum faham apa itu raya. Tapi thn ni walaupun tak byk .. dia dah mula faham apa itu puasa.. kenapa kena puasa.. dan apa itu raya.. Alhamdulillah anak aku semakin membesar dgn baik. Tu semua hasil didikan aku lerr.. Hehe. Pasan! Ishk ni cite apa plak ni. Kan nak cite pasal raya. Meraban ke lain plak!
Semalam aku amik cuti. Cari baju melayu anak aku. Minggu lps aku dh beli benonya.. tp tak acu kat badan anak aku. So malam tadi baru teringat nak try.. hemmmm bila try fulaweyyyy... tak muat! Mula2 tgk baju tu.. mcm besar. Ni muatlah ni.. takkan tak muat.. Ngopernyer tak muat gak. Gemuk betul ko Faris! Aduhaiii punye la jauh beli tu ari kat Klang. Giler! takkan aku nak pegi balik ke Klang tu semata2 nak tukar baju tu. Memang dah takde la tentunye. So aku carilah kat Banting.. puas tawap la satu Banting tu.. takde saiz.. pastu aku terjah ke Dengkil plak.. pun takde! Last-last aku gi Nilai Square.. ada saiz tp jenis kain lain.. warna pun x sama.. lantaklah janji lebih kurang..
Yang laki aku pulak dr sebelum pose lg aku dah soh dia tempah baju. Dia kata tak payah la.. beli siap je. Murah pun murah! Emm tak bole kata apa la.. ikut je la rentak dia. Masa belikan baju anak aku tu dia beli gak utk dia. Sampai rumah, baru try.. Tang badan ok.. tang seluar pulak ngam2.. Aku sure punyer lah pagi raya seluar itu akan koyak lah di celah kangkang dia tu! Yerr pasti!!!!
Korang thn ni beraya kay ner??? Aku raya kat umah mak mertua aku. Sebenarnya thn ni turn beraya kat umah bapak aku.. Tapi abang2 aku ajak tukar plan. Dia soh kitorang adik badik beraya kat umah mertua dulu. Raya kedua baru ke umah bapak aku. Tapi raya kedua tu aku ngan adik badik aku akan berkumpul kat umah nenek aku dulu. Lepas tu baru sama-sama konvoi balik umah bapak aku. Tu yg jd macam syok kot! Sebab aku rasa thn ni baru dpt jumpa semua adik badik pada hari yg sama. Kalau tak dulu sekerat balik umah bapak aku.. sekerat lg balik umah pak mertua. So ok la kan.. aku pun dah beli kain mahal.. pada aku mahal lah.. 4 meter 120 hinggit.. sebabnyerr ipar duai aku jenis high class.. malu ler aku pakai baju 30 hinggit jerr..! Untuk makluman.. ipar duai aku adalah semua PEREMPUAN!!!! Adik badik aku semua lelaki.. aku sowang je pompuan tau! So aku kena tunjuk la sikit yg aku ni tak sengkek sgt.. walaupun aku ni memang sengkek! So layannnnn... Wakakaka!
So sempena bulan baik.. hari baik ni.. aku nk amik kesempatan ini utk ucap selamat menyambut hari raya.. maaf zahir dan batin pada semua shabat handai.. rakan taulan.. saudara mara dan sesiapa saje yg mengenali aku la.. so kosong-kosong yerr.. Jemput2 la datang umah aku. Kedatangan korang memang dialu-alukan biarpun umah aku takde biskut raya.. kerepek raya.. air raya.. tapi KFC dekat je kat umah aku nihhh.. order jerrrr.. korang bayarkan k... hehehe.
pujian dr bapak mertuaku.. wakkakkaka
Haha.. bukan senang nak dengar pujian dari orang lelaki tau.. apalagi bapak mertua aku pulak yg puji tu.. Sejak jadi menantu Pakcik Dollah, baru semalam dan first time tau dia puji masakan menantu dia! Lagipun aku pun first time masak beria-ia sakan semata-mata nak jamu mertuaku ituuuu! Sebabnya telah menjadi kebiasaan bila mertua aku datang umah aku, mak mertua aku akan bawak sekali lauk pauk yg dia dah masak kat umah dia. Aku just masak nasik je.. bertuahkan aku dpt mak mertua camtu! Tapi pagi semalam bila SIL aku ckp nak datang berbuka kat umah aku dan ckp nanti mak masak bawak ke umah kak lin (aku le tu).. aku pun menolak...
aku cakap, "eh tak payah bawak pape la.. biarlah akak masak. Akak dah beli ikan kat pasar pagi tadi".
Huahuahua! susah nk dengar aku ckp cemitu.. tapi ntah nape plak aku rajin nak masak semalam. Buang tebiat aperrr!
So petang semalam bila dah nak dekat azan magrib, aku pun bawak turun segala lauk pauk yg aku masak ke bawah.. Nak makan kat atas meja mane muat.. al maklum je la meja makan aku bulat dan cuma ada 6 kerusi je..
emm lauk pertama yg aku bawak turun adalah ini... asam pedas ikan merah!!! hehehe. Bila bapak mertua aku nampak je..
Bapak mertua aku ckp "wah nampak macam menyelerakan la Faris", dia ckp kat anak aku.
Dalam hati aku.. tu belum rasa lagi tu.. hehe!

ni pulak lauk2 lain yang aku masak

bila dah masuk waktu.. mulalah adegan makan memakan...
jgn jeles.. aku dengar bapak mertua aku cakap...
sedaplah Faris!
pastu aku tnya kat laki aku .. sedap tak bang?
hehehe saje je...
Laki aku cakap.. sedap! sedap! Masak ke beli nih??
Eh laki aku nih macam tak pecaya pulak bini dia yg masak! kalau beli tak sedap macam ini tau!
wah bila dengar semua orang cakap sedap.. aku apa lagi.. kembang lah segala-segalanya yg boleh kembang.. sukerrrrrr sangattttt! Mane tak suker, sehari suntuk aku fikir nak masak apa.. pastu naik juling bijik mata cari resepi kat tenet ni hah! Akhirnya aku jumpa jugak resepi yg aku rasa agak menarik.. Asam Pedas Melaka!
Tapi percayalah memang mebeles! Korang kena cuba!
terima kasih la kat blog nih .
saper2 yg nak cuba resepi ni bole la gi ke blog tu.. takpun amik je kat sini aku dah cut & paste.
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg ikan tenggiri (aku guna ikan merah)
2 biji tomato (aku guna bendi je)
2 kuntum bunga kantan (aku letak juga daun kesum, bio lg sedap)
1 cawan cili kisar - aku guna cili masak kisar
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan jus asam jawa
750 ml air (lebih kurang)
A (KISAR HALUS)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup
2 cm halia
1 camca besar jintan manis
1 camca teh lada hitam biji
1 cm belacan (aku tak letak pun)
B...
1 biji bawang besar, dihiris
1/2 camca teh halba
1/2 camca teh biji sawi
3 - 4 tangkai daun kari (aku x letak)
CARA MEMBUATNYA :-)
Ikan dibersihkan, cuci dan toskan.
bendi tak perlu dipotong2. Masukkan sebiji-sebiji.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan "B" hingga harum dan perang, masukkan bahan "A" dan juga cili kisar, goreng dengan api sederhana hingga terbit minyak. Tuang air dan biar mendidih.'
Masukkan ikan, jus asam jawa, daun kesum, bunga kantan dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula.
Bila mendidih, masukkan terung atau bendi atau tomato, ikut suka).
masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api.
bangang punye doktor
minggu lepas kedua-dua org anak aku demam panas mencecah 39.7 darjah celcius. Dari satu klinik ke satu klinik, dari 1 hari ke 4 hari tapi demam masih jugak tak kebah.
Aku risau giler..
mau tak giler..
demam melebihi 3 hari!
suhu tinggi!
batuk!
selsema!
cirit birit!
muntah!
takde selera makan!
simptom2 H1N1????
ooooo.... tidakkkkkk! aku memang giler2 risau lah! bayangkanlah anak aku demam dari hari Isnin .. hari Sabtu still x baik gak!
so hari Ahad lepas aku bawak anak-anak aku gi Hospital Banting.. Aku terus gi ke bahagian Emergency.. setelah puas menunggu tiba la giliran anak aku diperiksa.
Kat dalam bilik doktor
Doktor : kenapa ngan anak awak?
AKu : demam dah lebih 3 hari, then ada batuk ngan selsema. Nak check la kalau-kalau ada H1N1 ke denggi ke..
Dalam pada tu dia check la suhu dan nadi anak aku.
Doktor : mana awak tau ada H1N1?
Aku : mana saya tau..! Kalau saya tau buat apa saya datang sini nak periksa?
Doktor : Suhu anak awak 36.8 ni.. manede demam! Awak ada beri dia makan ubat ke sebelum datang tadi.
Aku : Ada. Kul 4.30 petang tadi.
Doktor : Kalau awak bagi dia ubat.. pastu demam dia kebah.. Anak awak takde masalah la. Lainlah kalau awak bagi makan ubat, tapi demam tak kebah2 jugak!
Aku : Selama 4 hari saya bagi dia makan ubat.. tapi suhu tak turun pun! Tu sebab saya datang sini.
Doktor : Rumah awak ada termometer?
Aku : Takde.
Doktor : Habis tu mane awak tau suhu dia tak turun? Awak sukat pakai tangan ke?
Aku : Doktor.. tiap2 hari saya gi klinik. Doktor kat klinik tu sendiri yg check suhu anak saya. Takkan la saya suka2 je nak datang sini jauh2! Semalam pun saya ada gi klinik Putrajaya, doktor tu check suhu 38.6 darjah...
Eiiii... masa tu darah aku dah menyirapppp... rasa nak maki je doktor tu! xxxxxx tau!
Doktor : Ok.. awak tunggu kat luar dulu..
Aku pun tunggu kat luar sambil cerita kat laki aku pasal doktor tu....
tak lama kemudian no giliran aku dipanggil. Aku pun masuk balik ke bilik doktor tu..
Doktor : Mane awak tau anak awak ada H1N1?
Aku : Saya datang sini nak periksalah ni.. kot2 la ada.. Saya bukan nak anak saya kena H1N1.. sape yg nak.. cuma saya nak berjaga2 sebelum apa2 berlaku..
Doktor : ok.. saya faham. Tapi orang melayu ada satu sifat.. dia tak suka bagi anak dia makan ubat. Bila sakit terus je nak terjah hospital.
Eiii nak je aku terajang doktor ni tau!
Aku : Doktor ingat saya saje2 ke nak datang sini?
Doktor : Ok la klu awak nak jugak check darah anak awak. Awak masuk ke bilik sana.
Aku pegi jugak! walaupun doktor tu mcm keberatan nak check darah anak aku! Ni tentang kesihatan anak aku. Nyawa anak aku! Bodoh punye doktor!
Selepas amik darah.. aku tunggu kat luar lagi. Tunggu keputusan darah!
Bila keputusan darah dah ada.. doktor tu panggil.
Doktor : Seperti yang saya dah jangkakan.. anak awak takde pape. Just demam je. Demam pun xde sebenarnya.
Doktor ni cakap lembut tau tapi menyakitkan hati! Memang sial je.. Hak aku la kan nak bawak anak aku gi periksa darah! Apa hak dia nak ckp camtu. Ko dibayar utk menjalankan tugas ko periksa orang! Tapi ko mcm nak tak nak je buat kerja! Apa yg susah sangat nak periksa darah anak aku! Bukan ko yang bayar pun segala ubat dan peralatan kat spital tu!
Bodoh punyer doktor! Bangang!
Kalau la aku ni byk duit.. berkepok2 kat bawah katil tu.. memang aku tak sudi nak pegi situ! Bangang!

Subscribe to:
Posts (Atom)