SELAMAT DATANG KE MELLIFERA-ROSA

menu malam tadi

pening jugak rupanyer yer bila ari-ari masak.. sampai tak tau nak masak apa! aleh-aleh aku buka internet cari resepi utk makan malam tadi. tapi ok gak cari-cari resepi ni.. dapatlah mencuba resepi-resepi baru. tu dia salad ngan ayam goreng madu. Simple je kan lauk aku! 2 jenis lauk dah cukup!

Salad

Ayam Goreng Madu

tu dia ayam goreng madu. Ni aku amik resepi kat sape punyer blog ntah. Aku pun tak ingat dah. Godek punyer godek jumpa plak resepi tu. Rasanya.. bole la tahan. Sedap! Belasah je aku bukan reti sangat masak-memasak ni. Lately je aku rajin2kan diri masuk ke dapur belajo masak dan cuba-cuba resepi baru. Emm utk makan malam ni aku dah beli ikan bawal. Ingat nak masak masam manis. Hehe! Malam nanti aku amik gambo dia ok. So sape2 yg nak cuba resepi Ayam Goreng Madu ni.. bole la copy paste..

Bahan-bahan

-12 keping kepak ayam
-2 sudu besar minyak masak
-3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali
-1 sudu besar halia dicincang
-1 sudu besar sos ikan
-1 sudu besar kicap
-1 sudu besar sos cili
-/4 cawan (60ml) madu

Cara-cara

-Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
-Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua kepak ayam masak dan bersalut dengan sos.



kena TAG..

Tag to ?
Kak Aida_ex Kupang
Kak Linda_ sg Pelek
Kak Azrin _Sg Pelek
Kak Zalia_Tg Malim
Nunu_sg Air Tawar

Rules:Here’s a chance to see how well you really know your husband. Cut, paste and fill in the answers, then shoot, you know what to do. The real challenge is to send it to your husband to see how right you really are.

He’s sitting in front of the TV, what is on the screen?
Bila dia dpn TV.. dia tetap tgk cite yg dia suka walaupun aku nak tgk cite lain.. umah aku ada 2 TV lorr..

You’re out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?
Sumer dia makan sebab kami anak beranak memang suka makan salad.. especially bila aku tak sempat masak sayur.

What’s one food he doesn’t like?
Laki aku ni tak cerewet bab makan2 ni.. cuma dia kurang gemar makan sayur.. lebih2 lagi sayur pahit mcm sawi.

You go out to eat and have a drink. What does he order?
nescafe ais takpun Tongkat Ali.

Where did he go to high school?
Sek. Agama Men. Tinggi Tunku Ampuan Rahimah, Sg Manggis, Banting.. skolah agama tu beb.. pangai hantu..!! kuikuikui!!!

What size shoes does he wear?
Saiz 8 kottt.. mane nk ingat beli kasut setahun sekali je.. pastu bukan aku yg belikan pun.. dia gi cari sendiri!

What is his favorite type of sandwich?
Sandwich tuna n sardin

What would this person eat every day if he could?
Dah tentulah masakan isteri dia...hehe! biasanya ari2 aku beli jekkk sampai dia jemu jelak nak makan!

What would he never wear?
emm baju aku.. spender aku.. coli aku..! muah! muah! muah!

What is his favorite sports team?
entah.. kalau dia layan sport.. dia layan sorang2.. aku tak minat!

Who did he vote for?
kami orang pakat tak pegi undi.. hahaha!

Who is his best friend?
Saari ngan Non kot sebab kadang2 dia ajak gi umah meke2 ni bila dia tingin nak jumpa..

What is something you do that he wishes you wouldn’t do?
MENGARAH!

What is his heritage?
suka tido... betul ke jawapan ni.. ke tak faham soalan? Belasah laaa..

What is his favorite colour?
warna yg aku kurang berkenan selalu menjadi pilihan dia.

What is his habit?
Menukang apa yg patut..

What is he proud off?
dpt kerja tetap kat gomen..
(aku gk yg berstatus kontrak.. bila nk tetap ni.. huk3x..!)

Lastly, do you think he will read this?
tak pasti.. kadang dia baca gak bila free.. tapi rasanya ni dah lama dia tak bukak blog aku ni.. asyik bz je memanjang.. nyampah haku!

p/s : hemmm i really know my hubby.. Tapi cuba tanya laki aku pasal hakuu.. emmm haram dia tau!! iyaaaaa!!!! dezum! dezum! dezum!


tu dia my boy...!

Bila suami takde kat umah .. aku le yg kena layan Faris. Biasanya suami yg dok layan si Faris ni.. Tapi oleh kerana suami takde kat umah.. kali ni aku pulak yg kena tinggal bila dia gi kursus 3 ari.. so aku la yg kena melayan Faris main, menulis, mewarna dan mcm2 la..

Meh kita tgk Faris.. layannn...!

ishh mama ni.. sabo la nak kuarkan pensil box ni..!

tara....! pensil box ni ayah yg belikan.. murah je.. beli kat ceria 0.99 sen

hah yg ni mama yg belikan kat kedai buku Popular.. cantik tak?? siap tunjuk harga lg tuh.. mahal tu.. RM13.90



mama.. Kasih pun nak belajo gak..



Abang tengah menulis...


Jom kita tengok dia tulis apa ek..

hah .. tengok abang tulis..


hah dah siap tulis nama abang.. betul tak??


yg ni abang nak tulis nama mama pulak!

Taraa... Dah siap pun!

Adik boring la.. tak dapat tulis.. benganggg ni.. rasa nak sepak je!

Saatku baca blog Rehan

Bila baca blog Rehan teringat waktu saya duduk ngan MIL pas kawin dulu. Kalau Rehan bole bertahan duduk kat rumah MIL selama 3 thn.. saya cuma bertahan 1 thn jekk.. Selepas lahirkan anak yg sulung dan umur anak cecah 4 bln.. saya berpindah ke daerah Sepang. Saya ngan kuarga MIL takde apa-apa masalah.. Cuma saya nak belajar hidup sendiri.. tak kisah lah camne saya nak hidup.. masak ke tak.. makan ke tak.. basuh kain baju ke tak.. kemas rumah ke tak.. semua tu terpulang pada saya. My MIL adalah seorang yg sgt baik. Masa saya demam ke sakit pening ke.. even masa saya dlm pantang.. MIL bawakan nasi ke dlm bilik.. Kalau saya sakit kepala dia sapukan minyak angin dan urut kepala saya. Susah nak jumpa MIL cam ni kan? Cumanya kena tahan telinga sikit la waktu dia bebelkan anak2 dia! Biasalah tu kan orang tua. Masa saya duduk kat umah MIL ni, saya tak penah masak! Demi Allah! Sampai sekarang pun saya tak penah masak bila saya balik ke umah MIL! Percaya ke tak? Tapi hakikat! Saya bukan pandai masak sgt pun! Yg benonya pemalas! Hehehe! Sehingga hari ni.. kalau MIL datang ke rumah saya.. MIL siap bawak nasi dan lauk pauk sekali sebab dia tau dia punyer MENANTU HANTU tak masak! Hari-hari beli kat kedai sampai FIL cakap saya dok mengayakan kedai tu. Muah! Muah! Muah! Nasibla kan.. tu idup saya! Tapi alhamdulillah saya tak penah dengar lagi kutukan dari MIL atau adik2 ipar saya. Kalau ada pun mungkin dorang cakap kat belakang la kan.. Itu lantak la kan..

So saya nak cerita sebab utama saya pindah dari umah MIL..

1. Saya pemalas!
2. Saya tak pandai masak!
3. Saya tak pandai amik hati!
4. Saya tak pandai sorok perasaan saya! Maksudnya orang boleh baca muka saya bila saya tak suka.. marah.. merajuk.. bengang..
5. Saya nak saya dan especially my Hubby la..belajar hidup berdikari. My Hubby yg sebeno-benonya “anak mak”.. bila Hubby sebut nak makan itu ini .. his Mom masakkan..! bila hubby xde duit... his Mom hulur..! Bayangkanlah… saya tak nak la cerita details bab ni.. tau-tau la bila digelar “anak mak” ni kan..
6. Saya tak nak anak saya jadi mcm anak jiran dpn umah MIL.. Oleh sebab terlalu dimanjakan oleh nenek dia, anak dia (cucu) jadi tak mesra ngan mak sendiri. Mak dia ajak gi mane2 pun.. anak dia buat tak hirau. Anak dia lg prefer duduk ngan nenek dia! Yang plg saya tak suka anak dia tak nak dengar kata mak dia! Pada fikiran saya masa tu.. anak saya ni cam ada talent jadi mcm anak org dpn rmh tu. Saya tak tahan tengok mende2 ni.. nanti saya meraung dan wat sakit ati je..
7. Saya tak suka duduk kat bilik yg diumpamakan mcm rumah saya. Bilik tu sarat dengan katil, almari baju, almari make up, buaian, bakul baju kotor, hadiah2 kawin, TV dan mcm2 lagi la. Bilik bukan la besar mane.. sekangkang kera je! Sesak saya duduk dalam tu.. Takkan saya nak membongkang kat dpn TV umah MIL kan.. so dah tentu2nya saya dok terperuk kat dlm bilik je! Lagipun masa tu baru kawin.. tak reti lagi nak wat taiko!
8. Saya nak life saya sendiri.. Saya punyer rumah.. saya punyer suka la kan! Ikut suka saya nak letak meja kat mane? TV kat mane? Nak rumah berkapau ke? Nak masak ke.. semua ikut suka saya la..

Bila dah hidup sendiri..

1. Tak penah masak pun!
2. Hari-hari makan kat luar!
3. Sabtu ahad tak pernah lekat kat rumah!
4. Duit byk abis..!
5. Rumah berkapau mcm tong pecah!
6. Kain baju membukit mengalahkan Bukit Changgang!
7. Ruang tamu dah macam bilik tido!
8. Bilik tido plak dah macam bilik store!
9. Anak tunggang langgang!
10. Tapi hidup haku BEBASSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS! Haku sukerrrr .. !


MORAL HIDUP NGAN MIL!

KEBAIKAN:
1. Ada orang masakkan !
2. Balik kerja makanan dah terhidang!
3. Ada orang angkatkan baju kat ampaian !
4. Ada orang kemas rumah !
5. Ada orang jaga anak-anak! Jimat duit upah pengasuh!
6. Keselamatan / kebajikan anak2 terjamin! Tak payah risau anak makan ke tak.. mandi ke tak.. kena dera ke..
7. Ada orang tolong tengok2kan anak-anak bila kita sakit pening ke kita gi dating ngan hubby kita ke..
8. Ada orang layan anak kita bermain kalau kita malas nak layan ke.. nak membuta ke!
9. Jimat segala duit bil api air.. duit dapur.. duit jajan anak2.. SEMUA SHARE!


KEBURUKAN :
1. Tak jadi orang!
2. Tak reti berdikari!
3. Tak pandai masak! Dok mengharapkan MIL jek!
4. Anak manja yang amat-amat ngan atok nenek dia!
5. Terpaksa jadi pelakon Cakerama Melayu..
6. Hidup berpura-pura!
7. Takde rumah sendiri!
8. Tak merasa hidup sendiri!

Tapi saya rasa Rehan perlukan kehidupan sendiri. Macam saya walaupun tak pandai nak uruskan rumah tangga dan anak2 dengan sempurna.. At least kami bahagia dengan kehidupan kami.. Yang penting kita enjoy! Baru la jiwa kita bebas.. dan bole hidup dengan aman, selesa dan bahagia! Insyallah! Lain orang lain pendapatnya... terpulang pada seseorang menilai erti kebahagiaan selepas berumah tangga.

Kat Jusco

Takde apa nak cite sebenonyer.. cuma balik keje semalam gi Jusco wif hubby and anak2. Awal bulan ari tu ada beli jam tangan utk besday hubby.. tapi minggu lepas jam tu mati pulak.. tu yg kena gi Jusco utk tukar. Ingat pegi tu just nk tukar jam jek, tapi terjebak gak membeli baju bebudak dan buku utk si Abang. Besh sungguh si Abang ni.. Nampak je MPH Bookstore terus ajak masuk.. Abang ni.. gi mane-mane pun dia tak penah minta mainan.. selalu nyer yg dia mintak cuma buku, tak pun alat tulis dia. Sungguh bertuah kan dpt anak cam ni. Hopefully sampai ke besar la minat dia terhadap buku-buku ni.

Gambar2 kat bawah ni gambar masa kami nak pegi makan.. masa nak turun escelator tu nampak pulak benda alah ni.. singgah la jap bwk bebudak main.. sambil tu mama amik la gambar bebudak...

mood aku ari ni..

boringggggggggg....!
boringggggggggg....!
boringggggggggg....!

Ya Allah pasai pa la saya boring sesangat ni.. bukan setakat boring.. mengantuk pun ada! mengantuk tahap apa pun tak tau..!! Dah berapa kali dok menguap ni.. Si Azrin ntah perasan ntah idak saya dok menguap sesajer! Entah camaner la ruperrrnyer aku menguap!

begini kerr...? Uissh besaqnyer mulut nko..!

Uisssh.. ni lagi la hajab ngoperr nyer!



Mak oiiii... tak tergamak hakuuu nak menguap ...!

uwaaaaaa... haku tgh malas nak buat keje..!! jom la kita pakat balik umah.. tak sabo rasanyerr nak jumpa tilam dan bantal yg sedia menunggu kat umah nuuuuu.... zzzzzzzzzz!

entry basi..

dah lama sebenonya nak upload gambar-gambar ni.. tapi tak sempat2! Gambar2 ni sempena perkahwinan adik bongsu saya pada bulan 8 tahun 2008. Hahaha! Dah basi kan..? Tak kisah la.. janji ada kenangan dlm blog saya ni. Kan? Kan? Kan?

Ni la keluarga saya.. mak abah saya, abang-abang saya, adik-adik saya dan anak-anak saudara saya.. besar kan keluarga saya.. seronok adik badik ramai ni.. ipar duai pun ramai la kan.. dan ragam pun macam2.. tapi bila sesekali berkumpul.. havoc jadinyerr.. Rumah pun macam nak roboh dibuatnya dgn anak-anak saudara berlari-lari.. berkejar-kejar.. terlompat-lompat mcm beruk makyeh.. walau apa pun we all suka dan ceria selalu.

cerita punyer cerita.. kena la tunjuk gambar my family la kan... hah tu la my family..


tak payah la cari muka saya.. korang mesti tak nampak punyer! hahaha. saya memang takde dlm gambo. masa ni saya tgh merajuk.. kuikuikui! actually masa sesi bergambar tu saya tgh mencekik ngan anak dan suami saya. malas nak bangun2 pastu nak sambung mencekik lagi! tu sebab saya takde dlm gambar tu. tapi lepas tu rasa menyesal pulak sebab tak bergambar sama2. ye la.. pas ni takde majlis perkahwinan lagi. ni the last one la kiranya.. yang kawin pun adik bongsu saya kan.. kalau ada pun mungkin kalau ada antara abang2 atau adik2 saya yg nak tambah sorang lagi ke. kuikuikui!



Yang ni pulak gambar perkahwinan mak abah saya yang masih muda lagi jelita.. fewiitttt!Hehehe. Tak kisahlah saya nak ckp apa la kan..? In fact walaupun dah berumur my abah and my mak still look young, cantik, menawan, mcm ala2 baru kawin gitu..! Harap2 saya pun cenggitu la kan..



yang ni gambar abang sulung saya ngan his son and lovely wife.. kakak ipar saya ni seorang yg pendiam.. cakap bila perlu je.. tetapi seorang kakak ipar yg memahami, sporting, dan kakak yg paling rajin antara kakak2 ipar saya yg lain, saya dan adik2 pompuan saya. hahaha! saya paling respect kat kakak ipar saya ni tau.


yang ni abang izam.. abang kedua saya. Sebelah abg saya tu dah tentu la isteri dia la kan.. Kakak ipar saya yg ni berbeza sangat-sangat ngan kakak ipar saya yg sulung! Kalau kak ipar yg sulung tu pendiam.. kakak ipar yg kedua ni mcm bertih jagung.. ckp non stop! full stop dia tu stop bila jumpa bus stop! kuikuikui! tapi rasanya bukan mulut dia je yg tak reti stop.. kaki, tgn and fikiran dia jugak tak boleh nak stop! Senang cite.. kakak ipar saya yg ni kuat berjalan.. asal cuti sekolah je.. tepun2 rupanyer ada kat sabah la, kat genting la, kat penang la, kat paris la.. sebab tu fikiran dia pun tak penah stop.. ari-ari dlm fikiran dia duit.. duit.. duit.. Jap lagi jadilah jutawan Hai O. (ooooppps! jgn la marah kak lin..)



Seterusnya.. abg ketiga saya.. yg tu pulak kakak ipar saya. Kakak ipar saya yg ni full time house wife. Rasanya sejak dia anak dara sampai la ni dah beranak dua.. tak penah keje! Senang hidup dia.. tak payah susah2 nak fikir bayar itu bayar ini. Suami dia dok tolong fikirkan. Diorang punye hidup very simple.. ada duit ke takde duit ke.. dok diam2 kat umah je.. diorang ni home type.. tu sebab duit berkepok kat bawah bantal! tu yg pegang keris tu takut org kebas duit dia. hehehe!


Yang ni pulak abg saya yg ke 4 ngan isteri dia. Dua2 ni sempoi je orgnyer. Tapi abg saya ni pendiam sikit. Kontra ngan isteri dia. Kakak ipar saya yg ni pun byk gak celoteh dia bila kena ngan geng nyer.. seorang yg sporting jugak.. Byk lagi nak cite benonya.. tapi tak bole nak cerita kat sini.. sebab abg saya suka ikut blog saya ni.. nanti kita cerita kat belakang ek! hehe!



Hah seterusnya anak yg ke 5 dlm kuarga. Yang tu suami dia. Suami dia ni paling saya respect! Seorang suami yang baik, rajin dan penyayang. Rasanya takde tandingannya ngan suami-suami orang-orang lain. Kalau isteri dia dok sibuk mesyuarat tingkap ke.. sibuk buat peta kat bantal ke.. sibuk bergedung kat shopping complex ke.. dia tak penah bising-bising! Kiranya dia lah suami yg paling sporting dan best tau! Tapi isterinya tu pun apa kurang nyerr.. seorang yang baik hati, memahami, dan penyayang. tak rugi si suami dpt dia tau! Nak tau siapa isteri si suami tu.. HAKU la tuhh! kuikuikui!



Hah.. yg pompuan tu adik saya.. sebelah dia tu suami dia la.. Adik saya ngan anak-anak dia ni high demand sikit. Dari berkereta Proton Saga tukar ke Waja dan Perdana V6.. dari komputer besar gedabak tukar ke komputer riba.. dari anak satu tukar ke anak 4.. dari badan yg kurus tukar ke bdn yg tuittt!!.. kononyerr upgrade la kan.. hahaha! kalau dia baca blog saya ni dah tentu dia mengamuk tahap gaban punyer la. so baik saya stop kat sini.. kuikuikui!


Yang ni adik saya Aman dan isteri dia.. Jgn buat kacau. Kononnye terer dlm dunia persilatan. Sekali kena tumbuk ngan Tonto .. masuk spital daaaa.... Tu cerita beberapa tahun yg sudah la.. MPPJ buat rush! Tak tau nak cite apa pasal diorang nih! Sebab saya kurang bercakap ngan isteri adik saya ni. Lagipun saya selalu tak berjanji-janji ngan dia bila nak balik kampung tu!


Yang ni pun adik saya ngan suami dia. Big and small family.. Bukan ko sorang je Zel yg ada Big and Small Family.. hehehe! Adik saya ni sejak dah kawin ni rajin masak kat umah sebab tu husband dia sekarang ni semakin gemuk.. yg benonyerr memang dia rajin.. haku je yg malas. Ekeke! Tapi husband dia ni saya pelik sikit! Dia tak pandai nak beramah mesra ngan ahli kuarga saya yang lain. Ngan saya n husband rasanya mcm boleh ngam. Tapi cuma ngan abang2 saya je.. tiap kali abang2 saya balik.. husband adik saya ni mesti menghilangkan diri. I donno why.. malu
kerr..?


Raja sehari yg lelaki tu la adik saya ngan isteri dia. Adik ipar saya ni pendiam orang nyer. Tak boleh nak bergosip-gosip ngan dia ni. Kalau orang dok sibuk bergosip dpn2 dia pun .. dia wat tak tau je. Tak besh... Mungkin sebab baru masuk ke my family kot.. just wait n see yeaaaa!! Tapi adik saya yg ni paling best.. tak kedekut.. Dari saya anak dara sampai la saya kawin.. Kalau saya mintak pa pe je dari dia.. dia mesti belikan.. tu masa dia bujang la.. sekarang tak tau la. Segan pulak nak pau! Nanti apa kata wife dia. Hehehe!

saat virus rajin merebakk..

Dah lama tak makan ketam. Semalam ada sorang abang datang kat opis saya ni. Dia niaga ikan.. setiap ari Isnin ngan Jumaat dia akan hantar ikan ke Hotel Bagan Lalang. So sempat la order kat dia 2kg ketam. Hemm bukan apa.. sejak Virus M dah menghilang ni.. kena la belajar masak! Virus M dah ilang ke sebab kena perli ngan anak sendiri nih! kuikuikui!

Ni la kata-kata anak saya Faris saat saya memasak yang sekali-sekala je..

Faris : "Emm, sedapnyer bau!Mama masak apa ni?"
Saya : "Mama goreng telur je. Mama penat la nak masak.. kita makan kat luar je la ek?"
Faris : "Ala abang tak nak! Makan luar tak sedap la, mama masak lagi sedap!"
Faris : "Ayah masak pun tak sedap ma! Mama jgn suruh ayah masak lagi tau! Abang nak mama masak.. mama masak sedap

Tengok la.. pandai kan anak saya memuji. Gara-gara pujian dia tu.. saya sebagai mama yang mithali.. haha.. hari-hari tiap kali balik kerja terus masuk dapur masak apa yg patut. Tak kisah la saya masak apa pun.. goreng telur je ke.. ikan bilis goreng kicap ke.. masak sardin ke.. anak saya tetap puji saya masak lagi sedap daripada makanan yang dibeli kat luar sana tu. Huhuhu. Tapi tak pe sekarang saya dah jadi seorang isteri dan ibu yang rajin lagi mithali. Hahaha!

Emm fikir-fikir nak masak apa ketam ni? masak lada hitam ke.. masak sweet sour ke.. masak lemak cili api ke.. goreng pun sodapp! Wow yummy nyerrrr!

Ketam Goreng Rempah


Bahan2 nyer garam, serbuk kari, serbuk ketumbar, serbuk jintan, lada sulah dan serbuk kunyit. Gaul semua bahan2 ni dgn ketam, biar seketika supaya meresap dan goreng dalam minyak penuh.
Ketam Lada Hitam

Bahan-bahan :
5 ekor ketam dicuci bersih, digaul garam dan serbuk kunyit
2 sb mentega
3 ulas bawang putih - ditumbuk
2 sb kicap manis
1 sb sos tiram
1/2 sb lada hitam ditumbuk
sedikit air garam dan sedikit gula (jika perlu)

Cara-cara:
Ketam digoreng sebentar, ketepikan. Cairkan mentega di dalam kuali yang panas. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam dan ketam. Masukkan sedikit air dan tutup kuali. Biarkan hingga ketam sebati dengan kuah. Masukkan kicap, garam dan gula mengikut citarasa anda. Agak2 kuah memekat, bolehlah diangkat.

apa nk buattttt!!

3 April yg lepas besday hubby saya. Malam tu ingat nak celebrate kat luar ngan anak2. Tetiba my SIL call ckp nak dtg umah with my PIL sumerr. Alamakkkk..! So saya ckp la ngan my SIL, kitorang nak keluar ni.. ari ni besday Abang Adik (gelaran nama my hubby). Saya ckp lagi takpe la korang datang je la nnt kita makan kat luar sebab akak tak masak ni. Huhu! Emm.. ala bang takde rezeki la nk celebrate besday awak ngan kita anak beranak je. Takpe la next time je la ek. But until today stil no celebration for him. Sorry dear! Apa pun Selamat Hari Lahir sayang.. i love you so much!