SELAMAT DATANG KE MELLIFERA-ROSA

Takde cerita aper

pizza hut..pizza hut..kentucky fried chicken.. pizza hut! mcdonald.. mcdonald! saper ingat lagu ni. Hahaha!

adik nak main gak!


wah syoknyerr!!


janganlah bang..!


tengoklah si abang sibuk suruh adik pandang kamera.. adik tak mo la bang..

Kursus @ Tg. Bungah, Penang

Berat hati rasanya masa nak meninggalkan anak-anak saya selama 4 hari tu. Lebih-lebih lagi Kasih yang masih kecik. Tapi anak-anak tak boleh dijadikan alasan untuk saya tidak pergi ke Penang. Orang lain pun punya anak. Nak tak nak.. ngan hati yang terpaksa saya kena pergi juga.

Terbang ke Penang ngan rakan-rakan PID.


Emm cantik gak tempatnya..


cantik lagi orang yang kat dlm gambar ni... hahaha!


with jerins..





Me and Ila..



Tak rugi pergi kursus kali ni. Sebab banyak info yang saya dapat cam e-bay, e-lelong dan e-perolehan. Kalau bab-bab nak dapatkan duit lebih ni.. sapa tak nak dengar kan?? Tapi ada gak yang boring.. tak cayer?? jom kita tengok..

.. ada yang main telefon..


.... ada yang terlentok..


.. ada yang melukiss..


hah.. ada gak yg tido.. ish! ish! ish! sapo la ni..! kuikuikui! Jangan mare kak sham..


Agenda kursus kali ni tak la padat macam kursus2 sebelum ni.. WG serahkan agenda sebelah malam kepada Manager/Asst. Manager n our communities. So sepanjang 3 malam tu kitorang bole buat aaaperrr sajer. Barulah best. Taklah kursus mcm budak2 sekolah kena lukis2 la, kena tampal2 la, kena present kat dpn la! Betul2 mcm budak sekolah la dibuatnya. Teramatlah bosannyerr!

So oleh kerana 3 malam tu malam kitorang.. banyaklah aktiviti yg dijalankan cam acara win, lose or draw, kerusi emas, cari harta karun, karaoke ngan bazaar.

Persediaan untuk malam tu.. menghias bazar masing-masing..


diana with her pen.. yo yo o je..


acara win, lose or draw.. unong! unong! unong!



peserta win, lose n draw..


ni plak acara kerusi emas.. game ni memang best.. semua sporting! Saya pun join game ni. Tapi second team. Ye la.. selalu dah dok sibuk ngan keje n anak-anak kat umah kan... So malam tu nak release tension la gak. (Anak kat umah dok menangis.. mak dok kejar2..) hahaha.



karaoke..


Kasma ngan PP sebagai MC.. Besttt..


Jika wanita diumpamakan ikan?? Ikan? Bole pulak!

Sebelum tu nak bgtau, cerita kat bawah ni saya copy paste dari blog kawan kepada kawan saya. Hehe.. Best pulak baca, so saya nak kongsi ngan u'ol jugak. Mesti u'ol pun tergelak bila baca ni. Selamat membaca..

Jika Wanita diumpamakan Ikan, kategori ikan apakah yang jadi favorite anda?



IKAN SALMON
Bentuknya OK, indah, dagingnya pink muda dan enak dimakan.
Tapi sayangnya mahal, soalnya masih boleh diimport. Sesuai..ada nilai, ada kualiti.
- INI WANITA BERKERJAYA




IKAN AWANA
Yang ini kalau di aquarium memperlihatkan kesombongan dan keangkuhan kerana tau tubuhnya indah, langkahnya lemah gemalai dan memancing mata.. nakal melihatnya, di manapun dia bergaya. So pasti harganya mahal kalau ingin memilikinya.
- INI PERAGAWATI, CELEBRITY or keatas..




IKAN MAS KOKI
ini jenis ikan lumayan mahal, indah bentuknya, warnanya, dan lenggak- lenggoknya.
Sayangnya hanya boleh dilihat, dikagumi, tak boleh dimakan, kerana termasuk kategori ikan hiasan.
- INI BINI ORANG.




IKAN KELI
Kalo yang ini harganya murah, bisa dimakan dimana saja. Banyak dijual di tepi jalan, harus hati-hati.
- INI AWEK TEPI JALAN.




IKAN BILIS
Bentuk dan rasanya gitu-gituuu ja. Selalu sedap dimakan kalau tidak ada sayur atau tidak ada lauk yang lain.
- INI BINI SENDIRI.

Camne, best tak cerita ni?

Ayat-Ayat Quran Yang Boleh Diamalkan

1. Untuk elak suami isteri dan anak-anak bergaduh
- Surah Al Baqarah : Ayat 102

2. Anak-anak pandai belajar
- Surah Al Anbiyaa' : Ayat 79

3. Anak-anak lembut hati atau elak panas baran
- Surah Al Anbiyaa : Ayat 69 dan Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

4. Anak-anak malas sekolah
- Surah Toha : Ayat 1-5

5. Ayat pendinding
- Ayat akhir surah At Taubah

6. Bg anak-anak yg suka keluar malam
- Surah Ar Ruum : Ayat 31. Baca 33x

7. Untuk jadi pendinding rumah
- Surah Al Baqarah dibaca & tiup pada air dan spray keliling rumah

p/s : Info ni saya perolehi dari blog sahabat saya nurbisikan.blogspot.com

"Berhentilah menjadi gelas"

Seorang guru sufi mendatangi seorang anak muridnya, ketika wajahnya belakangan ini selalu nampak murung dan bersedih. "Kenapa kau selalu bersedih, nak? Bukankah banyak hal yang indah di dunia ini? Ke mana perginya wajah syukurmu?" sang Guru bertanya.

"Guru, belakangan ini hidup saya penuh masalah, sukar rasanya bagi saya untuk tersenyum. Masalah datang seperti tak ada habis-habisnya," jawab sang murid muda.

Sang Guru terkekeh. "Nak, ambil segelas air dan dua gengam garam. Bawalah kemari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu."

Si murid pun beranjak, perlahan-lahan dengan lemah longlai. Ia laksanakan permintaan gurunya itu, lalu kembali lagi membawa gelas dan garam sebagaimana yang diminta.

Cuba ambil segengam garam, dan masukkan ke dalam segelas air itu," kata Sang Guru. "Setelah itu cuba kau minum airnya sedikit."

Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini meringis dan berkerut kerana meminum air asin. "Bagaimana rasanya?" tanya Sang Guru. "masin dan perutku terasa loya dan mual", jawab si murid dengan wajah yang masih meringis.

Sang Guru senyum terkekeh-kekeh melihat wajah muridnya yang meringis kerana kemanisan.

"Sekarang mari kau ikut aku." Sang Guru membawa muridnya ke danau di dekat tempat mereka. "Ambil garam yang ada berbaki itu , dan tebarkan ke danau. Si murid menebarkan segengam garam yang berbaki ke danau, tanpa sepatah kata. Rasa masin di mulutnya belum hilang. Ia ingin meludahkan rasa masin dari mulutnya tapi tak dilakukannya. Rasanya tak sopan meludah di hadapan mursyid, begitu fikirnya. "Sekarang, cuba kau minum air danau itu," kata sang Guru sambil mencari batu yang cukup datar untuk didudukinya, tepat dipinggir danau.

Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air danau, dan membawanya ke mulutnya lalu meneguknya. Ketika air danau yang dingin dan segar mengalir di tenggorokannya, Sang Guru bertanya kepadanya, "Bagaimana rasanya?"

"segar, sungguh segar sekali," kata si murid sambil mengelap bibirnya dengan belakang tangannya. Tentu saja, danau ini berasal dari aliran sumber air di atas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah.

"Terasakah rasa garam yang kau tebarkan tadi?"

"Tidak sama sekali," kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi. Sang Guru hanya tersenyum memperhatikannya, membiarkan muridnya itu meminum air danau sampai puas.

"Nak," kata sang Guru setelah muridnya selesai minum.

"Segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih. Hanya segengam garam.

"Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah dikadar oleh Tuhan, sesuai untuk dirimu. Jumlahnya tetap, segitu-gitu saja, tidak berkurang dan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi yang bebas dari penderitaan dan masalah."

Si murid terdiam, mendengarkan.

"Tapi nak, rasa 'masin' dari penderitaan yang dialami itu sangat tergantung dari besarnya 'qalbu' (hati) yang menampungnya. Jadi nak, supaya tidak merasa menderita, berhentilah menjadi gelas. Jadikan qalbu dalam dadamu itu sebesar danau."

Hidup memang memerlukan keberanian. Tapi, akan lebih memerlukan ketelitian. Cermati langkahmu, waspadai tindakanmu.

Hati-hati saat mencelupkan jari dalam celah kehidupan. Kalau tidak rasa pahit yang akan kita temukan.

Cerita anak sulung saya

Pejam celik - pejam celik dah 3 tahun setengah umur anak saya ni. Dalam umur dia ni.. apa progress dia ek. Nak tau?? Jom...

1. Dah pandai baca doa makan, doa selepas makan, doa tido, doa masuk tandas, doa naik kenderaan dan baca surah al-fatihah.
2. Dah kenal huruf A - Z / 1 - 10.. Dah pantas dah..
3. Dah pandai tulis huruf A - Z. Sekarang tengah belajar baca suku kata perkataan dan belajar tulis nama dia.
4. Dah boleh lukis kereta.. ikut gaya dia la..
5. Dah pandai jaga adik
6. Dah pandai mandi sendiri
7. Kenal semua jenis kereta.. mama dia pun kdg2 tak tau kereta apa, tapi dia bole tau. Toyota Caldina tu pun dia tau.
8. Pandai guna komputer sampai jahanam komputer saya
9. Pandai guna dan kayuh basikal dengan betul.
10. Pandai guna vcd player. Saya dah tak payah susah2 layan dia on kan vcd player tu lg. Hah tapi terpaksa carikan vcd dia yang entah mane2 dia letak.
11. Dah pandai nak solat.. asal dengar azan bergema je.. mesti dia ckp.."mama, abang sembahyang dulu yer".. then dia pun masuk bilik air.. basuh tangan.. basuh muka.. basuh kaki.. pastu masuk bilik.. hampar sejadah.. berdiri sujud berdiri sujud. Pastu duduk berdoa dengan mulut komat-kamit tak berbunyi.. apa dia baca pun saya tak tau. Bila saya tanya abang baca baca apa.."abang doa la ma.. apalah mama ni. tu pun tak tau"

Hemm.. Cepatnya masa berlalu kan.. Dah besar dah anak bujang saya. Fikiran semakin matang, mulut semakin rancak. Kadang2 kalau dengar dia bercakap tu.. macam diajar-ajar pulak. Keletah kemain.

Ni la gambar terkini anak sulung saya..


Tolon.. tolon..

Jumaat lepas pengasuh anak saya mengadu.. sepanjang hari Jumaat tu anak saya, Kasih dok menangis je. Tak bole berenggang ngan pengasuh tu. Asal mak (pengasuh) dia tu bangun je, Kasih mula melalak. Mak dia tu tak bole wat keje lain langsung. So petang tu masa saya amik Kasih, memang nampak la muka pengasuh tu penat sangat. Bila saya tanya dia cakap anak saya asyik menangis je sepanjang hari tu. Dia mintak saya bawakan walker takpun cuba carikan tangkal ke air jampi ke.. Dia kata mungkin anak saya tu kena sawan. Saya ingat anak saya menangis biasa2 je. Kat rumah saya, dia menangis gak kalau saya tinggalkan dia sendiri atau tinggalkan dia ngan abang dia. Tapi nangis mcm biasa la. Nangis kejap2 je.

So ari ni awal2 pagi anak saya, Kasih dah bangun, seawal jam 6.30 pagi. Bila dia tengok saya takde kat sebelah.. dia mula menangis. Kali ni bukan menangis kejap-kejap tapi menangis berpanjangan. Tak boleh langsung saya tinggalkan dia. Sampai saya nak mandi pun, saya kena masukkan dia dalam stroller dan tolak dia sampai ke dpn pintu bilik air la. Tu pun masih menangis gak. Inilah yang dikatakan oleh pengasuh dia tu kot. Sebelum ni tak penah macam ni pun. Saya dah mula pening ni. Tak tau camne nak buat. Ada tak anak-anak u'ol yang pernah macam ni tak? U'ol buat camne ek??

Ni la muka budak debab yang asyik menangis je sejak kebelakangan ni.. Gambo ni masa saya nak gi Mid Valley semalam. Ada gak campur gambar-gambar lain yang saya tak sempat nak upload.